Berita

Kerajaan Negeri fokus pembangunan ekonomi dan fizikal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tekad bagi memberi fokus untuk mengekalkan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini bagi memastikan pencapaian yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 tercapai.

“Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12, merangkumi dasar dan strategi disemak semula ke arah mencapai wadah ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ telah disediakan.

“Besarlah harapan saya agar semua Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri Sembilan dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan bidang fokus dan strategi-strategi digariskan di bawah KSP RMKe-12,” kata Aminuddin.

Amminuddin berkata demikian sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Negeri Sembilan di Wisma MBS pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button