Aktiviti

Latif sumbang kerusi roda kepada warga emas

GEMENCHEH: Dua warga emas yang uzur, Puan Rohani Mihat, 67, dan Encik Cheng Seng Bo, 79, menerima sumbangan kerusi roda dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Puan Rohani dari Felda Sungai Kelamah mengalami penyakit paru-paru berair manakala Encik Cheng dari Kampung Jelawai uzur kerana faktor usia.

“Diharapkan sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan mereka,” ujar Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Jelawai, Encik Rahman dan Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah.

Show More

Related Articles

Back to top button