Berita

Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya laksana 66 daripada 71 tawaran manifesto

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjaya melaksanakan 66 daripada 71 tawaran dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi menunaikan janji.

“Walaupun begitu, terdapat satu tawaran yang tidak dapat dilaksana kerana ditolak di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Tawaran tersebut adalah cuti khas tujuh hari untuk kakitangan bagi kematian keluarga terdekat.

“Kerta cadangan tersebut telah dibawa ke Jawatankuasa Khas Kabinet Perkhidmatan Awam namun ditolak.

“Meskipun begitu, empat lagi tawaran dalam tindakan ini akan dapat direalisasikan oleh Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Berikut tawaran yang telah diselesaikan mengikut 10 kluster:

i. Pentadbiran Berintegriti (lapan tawaran selesai).

ii. Ekonomi dan Pembangunan (enam tawaran selesai).

iii. Agama Islam dan Agama Lain (10 tawaran selesai).

iv. Tanah dan Perumahan (lapan tawaran selesai).

v. Pendidikan (empat tawaran selesai).

vi. Wanita dan Kesejahteraan Keluarga (lima tawaran selesai).

vii. Keselamatan dan Kemasyarakatan, Kebajikan dan Perpaduan (tujuh tawaran selesai).

viii. Adat Budaya dan Seni (empat tawaran selesai).

ix. Kemajuan Anak Muda dan Sukan (sembilan tawaran selesai).

x. Prasarana, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan (lima tawaran selesai).

Show More

Related Articles

Back to top button