Berita

Latif sumbang kerusi roda kepada warga emas

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas, Puan Rosiah Jaafar, 81, di Felda Sungai Kelamah.

“Puan Rosiah mengalami sakit lutut yang menyukarkan pergerakan dan tidak boleh berdiri terlalu lama.

“Justeru, diharapkan sumbangan kerusi roda ini membantu pergerakan beliau,” ujar Abd Latif.

Sementara itu, Abd Latif turut berkesempatan menziarahi Puan Siti Alha Hasan, 84, yang mengalami sakit ‘mild stroke’ sejak setahun yang lepas di kampung yang sama.

Abd Latif menyerahkan lampin pakai buang kepada Siti Alha.

Turut hadir Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah dan Ahli Jawatankuasa MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Ai.

Show More

Related Articles

Back to top button