Aktiviti

Latif sumbang RM2,500 kepada Masjid Kampung Gedok

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi menyumbang RM2,500 kepada Masjid Kampung Gedok untuk kos menambahbaik dan menukar karpet masjid.

Selain itu beliau turut menziarahi dan menyantuni lapan orang warga emas di Kampung Gedok.

“Selain menghulurkan bantuan makanan asas, saya juga mendengar permasalahan penduduk kampung.

“Saya juga berkesempatan singgah di sebuah kedai membuat mee kuning yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung,” katanya.

Sementara di Kampung Ulu Rokan, Abd Latif menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Puan Siti Ruhani Muda bagi memudahkan pergerakan beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button