Berita

Latif sumbang tongkat empat kaki kepada mangsa kemalangan jalan raya

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyumbang tongkat empat kaki kepada seorang mangsa kemalangan, Adik Nurain Balqis Abd Malik, 17 tahun.

Nurain Balqis dari Kampung Tenai mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Semoga sumbangan tongkat empat kaki ini memudahkan pergerakan beliau,” kata Abd Latif.

Abd Latif menyerahkan tongkat empat kaki kepada Pengerusi MPKK Kampung Tenai, Encik Arrizam; untuk diserahkan kepada Nurain Balqis.

Sementara itu, Abdul Latif berkesempatan meninjau keadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Felda Sungai Kelamah.

“PPV ini dibuka selama dua hari (hari bekerja) dengan sasaran vaksinasi tidak kurang 300 orang penduduk Felda.

“Saya menyumbang makanan tengahari dan air mineral kepada petugas di PPV ini,” ujar Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah.

Show More

Related Articles

Back to top button