Aktiviti

Latif taja dua pelajar lanjut pengajian ke KAYNS

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menaja dua pelajar bagi melanjutkan pengajian ke Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS).

“Adik Mohamad Nor Hakim Zamri dan Adik Muhammad Afiq Abdullah dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Tajaan bagi pembayaran wang pendaftaran bernilai RM300 setiap seorang ini diharapkan dapat menaikkan semangat kedua-dua pelajar ini untuk belajar dan juga dapat meringankan beban kewangan ibubapa bagi urusan kemasukan pelajar.

“Kedua-dua pelajar ini akan mula mendaftar di KAYNS pada 8 March ini,” ujar Abd Latif.

Penduduk DUN Gemencheh yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di KAYNS bolehlah hadir ke Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh bagi mendapatkan borang dan maklumat lanjut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button