Berita

Latif taja yuran pendaftaran empat pelajar ke KAYNS

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi menaja empat pelajar dari DUN Gemencheh untuk melanjutkan pendidikan ke Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS).

Abd Latif menyampaikan sumbangan RM300 seorang untuk biayai yuran daftar di KAYNS.

“Saya harap sumbangan ini membakar semangat pelajar ini belajar bersungguh-sungguh di KAYNS nanti.

“Selain itu sumbangan ini untuk meringankan beban kewangan ibubapa pelajar ini yang kurang berkemampuan,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button