Berita

Kemudahan awam dinaik taraf di Johol: Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) bagi mempertingkatkan kemudahan awam di tempat tarikan pelancong di sekitar Johol, seperti berikut:

i. Menyelenggara jalan, longkang, lanskap dan lain-lain kemudahan yang terdapat di sekitar Johol yang berada di bawah seliaan MDKP secara berkala;

ii. Menaik taraf Medan Selera Johol bagi kegunaan orang ramai; dan

iii. Menaik taraf Pasar Awam Johol bagi memastikan orang ramai selesa menggunakan fasiliti tersebut.

“Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan memerlukan kos yang tinggi, pihak majlis akan menghantar permohonan peruntukkan kepada Kerajaan Negeri atau pihak kementerian.

“Di samping itu, pihak Majlis juga memasukkan perancangan jangka masa panjang bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam di tempat tarikan pelancongan termasuk Johol di dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035.

“Dalam masa yang sama, sejumlah RM 282,570.00 telah dibelanjakan bagi menaiktaraf infrastruktur awam serta kerja berkaitan di Taman Eko Rimba Batu Maloi dan penyelenggaraan dan pembaikan di Taman Eko Rimba Batu Maloi dan Gunung Tampin,” katanya pada sesi pertanyaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada Selasa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button