Berita

Lebih 100 jawatan kosong di hospital ditawarkan untuk penduduk Port Dickson

Sesi temuduga anjuran UCSI dengan kerjasama Pejabat Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON: Lebih 100 jawatan kosong di hospital untuk warga Port Dickson dan penduduk sekitarnya ditawarkan oleh UCSI Hospital; sebuah hospital swasta yang akan memulakan operasi tidak lama lagi di Bandar Springhill, Port Dickson.

UCSI dengan kerjasama Pejabat Parlimen Port Dickson akan menganjurkan satu sesi temuduga terbuka bagi mengisi lebih 100 jawatan kosong yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti jururawat, pengurusan, pentadbiran, kerani, pelayan tetamu, petugas pembersihan, petugas pemakanan, pemandu, juruwang, pengawal keselamatan, housekeeping dan banyak lagi.

Butiran Temuduga Terbuka:
Tarikh: 25 Julai 2020 (Sabtu)
Masa bermula: 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Hospital UCSI, Bandar Springhill Port Dickson.

Sila hadir ke sesi temuduga ini dengan pakaian kemas dan membawa resume serta kepilkan sijil-sijil kelayakan anda untuk jawatan yang ditawarkan.

Mohon isi borang kehadiran temuduga di pautan ini: http://bit.ly/temudugaucsi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Azrin di talian 011 – 6191 7032 atau Whatsapp di http://pd132.wasap.my

 

Show More

Related Articles

Back to top button