Berita

157 projek pembangunan bakal dijalankan dalam tempoh terdekat

SEREMBAN: Sebanyak 157 projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di Negeri Sembilan bakal dijalankan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, jumlah itu didapati setelah meneliti data daripada Sistem MyProjek.

“Kerajaan Negeri memandang serius projek-projek pembangunan yang telah lama diluluskan tetapi masih belum dijalankan.

“Oleh itu, di dalam mesyuarat saya telah mengarahkan semua Kementerian dan jabatan yang terlibat untuk memantau secara lebih proaktif dalam pelaksanaan projek yang masih di bawah status pra-pelaksanaan ini.

“Ini supaya projek ini dapat disiapkan dalam tempoh RMK-12 yang bakal berakhir kurang daripada 24 bulan lagi.

“Hal ini supaya pelan pelaksanaan RMK-12 dapat dicapai sepenuhnya dan membawa manfaat kepada pertumbuhan sosio-ekonomi di Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata demikian di sidang media pasca Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Bil. 1 Tahun 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button