Berita

Lelaki kehilangan kaki akibat kemalangan dapat bantuan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyampaikan bantuan kewangan dan barangan dapur kepada Saudara Ram Kumar dari Kampung Baru Rahang yang kehilangan kaki kanannya akibat terlibat dengan satu kejadian kemalangan baru-baru ini.

“Keluarga beliau merupakan keluarga yang kurang berkemampuan, menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan rawatan susulan.

“Beliau kehilangan sebelah kakinya dan kaki kiri pula patah. Beliau memerlukan kos yang tinggi untuk merawat kedua-dua belah kakinya.

“Saya akan cuba membantu Ram Kumar dan keluarga beliau dalam proses memohon bantuan berkaitan dalam meringankan beban yang ditanggung.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button