Aktiviti

Lelaki patah kaki akibat kemalangan dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyantuni seorang penduduk Felda Bukit Rokan, Encik Thamilchelvan Arumugam, 49, yang terlibat dengan sebuah kejadian kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Encik Thamilchelvan patah kaki kanan akibat kemalangan tersebut.

“Beliau ada memohon bantuan kewangan untuk menampung kos perjalanan pergi dan balik ke Hospital Tampin untuk rawatan susulan.

“Permohonan beliau akan diproses secepat mungkin dan saya telah menyerahkan bantuan barangan keperluan dapur kepada beliau dalam lawatan ini,” ujar Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub dan Bendahari MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Bala.

Show More

Related Articles

Back to top button