Aktiviti

Lenggeng: 150 pelajar terima sumbangan beg sekolah

LENGGENG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng telah mengadakan program ‘Back to School’ menjelang musim persekolahan tahun 2021 yang akan dibuka tidak lama lagi.

ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, seramai 150 pelajar dari Taman Panchor Jaya dan Taman Ampangan menerima sumbangan beg sekolah, alat tulis dan wang tunai.

“Bagaimanapun, disebabkan PKPB di Negeri Sembilan, bantuan bagi penerima lain akan diserahkan secara berperingkat. Sebahagiannya akan juga dihantar terus ke rumah penerima.

“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak DUN Lenggeng,” ujarnya.

Prorgam ‘Back to School DUN Lenggeng’ ini berlangsung di Balai Raya Taman Panchor Jaya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button