Berita

LENGGENG: 96 OKU, warga emas terlantar terima vaksin di rumah

LENGGENG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah mengadakan Program Vaksinasi Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas terlantar.

ADUN Lenggeng, Ustaz Suhaimi Kassim berkata, program yang turut mendapat kerjasama MPKK DUN Lenggeng, dianjurkan bagi membantu OKU dan warga emas yang sakit terlantar untuk menerima suntikan vaksin di rumah.

“Sedia maklum keadaan golongan OKU dan warga emas yang sakit terlantar, membataskan mereka untuk bergerak.

“Justeru, program ini diadakan bertujuan memberi suntikan vaksin kepada golongan ini dari rumah ke rumah.

“Seramai 96 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama dalam program yang diadakan selama dua hari,” kata Suhaimi.

Suhaimi berkata, seramai 42 individu dari Lenggeng telah menerima suntikan vaksin, manakala 36 orang dari Panchor dan 18 individu di Pantai.

“Jutaan Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk MPKK yang bertungkus lumus dalam membantu Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberikan vaksin kepada penerima.

Show More

Related Articles

Back to top button