Aktiviti

LENGGENG: Loke agih 3,000 kampit beras kepada keluarga kurang berkemampuan

LENGGENG: Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook mengagihkan sejumlah 3,000 kampit beras kepada semua MPKK di bawah DUN Lenggeng di Parlimen Seremban.

“Setiap MPKK akan mengedarkan sumbangan beras ini dari rumah ke rumah di kampung masing-masing.

“Seramai 3,000 keluarga kurang berkemampuan akan mendapat sumbangan beras ini.

“Walaupun tidak seberapa, sumbangan ini adalah tanda kebersamaan kami dengan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan luar bandar menjelang sambutan Aidil Fitri,” kata Loke.

Loke berkata, sumbangan beras telah diagihkan di Kampung Tarun Broga, Kampung Ulu Beranang, Kampung Daching, Kampung Sungai Jai, Kampung Daching Hilir dan Kampung Lenggeng kelmarin.

“Agihan beras ini akan diteruskan di beberapa kampung lagi pada hari ini,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button