Aktiviti

Lenggeng: Pesakit kanser terima sumbangan kerusi roda

LENGGENG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng, teleh menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada pesakit kanser, Puan Nordalila di Taman Panchor Jaya

Isteri ADUN Lenggeng, Puan Mahani Samsuddin yang menyerahkan kerusi roda tersebut berkata, Puan Nordalila mengalami kesukaran untuk bergerak kerana kakinya dibedah di bahagian peha.

“Nordalila memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke tandas, ke klinik dan juga untuk pemeriksaan di hospital.

“Beliau seorang pesakit kanser usus dan kanser peha. Beliau masih memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

“Insyah Allah, pihak kami akan memberikan bantuan dari semasa ke semasa mengikut keperluan Puan Nordalila,” kata Mahani.

 

Show More

Related Articles

Back to top button