Aktiviti

Lenggeng: Rumah uzur keluarga kurang kemampuan dibaiki

LENGGENG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng, MPKK Kampung Panchor dan Kampung Panchor Granite telah bekerjasama untuk membantu dua buah keluarga di Kampung Panchor iaitu keluarga Encik Mohamad Nor dan keluarga Puan Azlina.

ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, antara bantuan yang telah dihulurkan adalah meratakan ‘crusher run’ di jalan masuk ke dua buah rumah ini.

“Selain itu kita juga membantu dan menyumbang bahan binaan untuk pembinaan rumah Puan Azlina termasuk pendawaian dan pemasangan paip air.

“Insyah Allah, tiga hari lagi bumbung rumah Encik Mohamad Nor akan diganti disebabkan uzur dan banyak yang bocor.

“Kami amat menghargai sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Semoga sumbangan tersebut mendapat rahmat dunia dan akhirat,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button