Berita

Lesen perniagaan barang lusuh dan terpakai dibuka semula

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah membuka semula permohonan lesen perniagaan barang-barang lusuh dan terpakai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, permohonan bagi lesen tersebut kini dibuka setelah dibekukan sejak tahun 2014.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menetapkan bahawa pengusaha haruslah beroperasi di kawasan perindustrian sahaja.

“Peraturan tersebut adalah bagi memastikan perusahaan ini tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman serta memastikan keselamatan dan kebersihan dijaga dengan baik.

“Bagi pengusaha yang sudah mempunyai lesen, Kerajaan Negeri memberi tempoh selama setahun untuk berpindah ke kawasan perindustrian,” jelas Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button