Aktiviti

Lima keluarga dikuarantin Covid-19 terima bantuan makanan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman mengagih sumbangan beg makanan kepada lima keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Felda Pasoh 2.

“Semoga sumbangan ini membantu meringankan beban keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Saya mendoakan mereka yang dikuarantin ini cepat sembuh seperti sedia kala,” kata Saiful Bahri.

Saiful Bahri mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha MPKK Felda Pasoh 2, Puan Juliana kerana membantu menyelaras agihan sumbangan beg makanan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button