Aktiviti

Lima keluarga kurang kemampuan disantuni DSAI

PORT DIKCSON: Lima keluarga kurang berkemampuan dari Port Dickson mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya Encik Farhan Fauzi.

Farhan menyerahkan sumbangan kewangan kepada lima keluarga tersebut.

Keluarga pertama yang diziarahi Jaafar Jamaludin dan isterinya Hamidah.

“Hamidah mengalami masalah kemurungan. Suaminya baru mendapat pekerjaan sebagai buruh setelah beberapa lama menganggur.

“Di Kampung Batu 2, Jalan Seremban, saya menziarahi Zamri yang tinggal di sebuah rumah yang sangat daif.

“Bapa kepada tujuh anak ini tidak bekerja kerana mempunyai masalah penglihatan. Isterinya pula bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak,” kata Farhan.

Farhan dan petugas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson seterusnya menziarahi Mohd Hairi di Kampung Arab. Hairi merupakan seorang bekas pekerja Majlis Perbandaran Port Dickson yang mengalami kecederaan dan terpaksa berkerusi roda.

“Kami turut menziarahi Pushpam yang tinggal di Kampung Arab dan Marliana seorang Ibu tunggal yang mengusahakan peniagaan kuih talam dari rumah di Taman PD Utama.

“Anak kedua Marlina bernama Afiq berusia 17 tahun menghidap Cerebral Palsy sejak lahir.

“Kami berharap kunjungan dan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban kepada para penerima, Insyah Allah.

“Sekalung penghargaan kepada YB Dato’ M.Ravi atas dukungan tambahan semasa sesi ziarah kali ini,” ujar Farhan.

Show More

Related Articles

Back to top button