Berita

Lima keluarga terputus bekalan makanan dapat perhatian segera Musliadi

JERAM PADANG: Lima keluarga yang terputus bekalan makanan mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi berkata, beliau menerima aduan daripada Pengerusi KRT Taman Desa Puteri, Encik Azmi bahawa terdapat sebuah rumah yang telah menaikkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan makanan.

“Manakala masing-masing dua keluarga dari Taman Bahau dan Felcra Rompin turut terputus bekalan makanan akibat dikuarantin Covid-19.

“Saya menyerahkan bantuan bakul makanan kepada lima keluarga ini. Salah sebuah keluarga ini turut kehabisan bekalan gas memasak dan saya menghantar bekalan tong gas yang baru kepada keluaga ini.

“Saya juga menyerahkan lampin pakai buang kepada keluarga yang mempunyai anak yang kecil,” kata Musliadi.

Musliadi berkata, semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga ini.

“Saya mendoakan semoga mereka diberikan kesihatan yang baik.

“Saya juga turut menasihatkan supaya mereka yang diarahkan dikuarantin sentiasa patuhi arahan KKM dan jangan keluar rumah,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button