Berita

Aminuddin santuni pengunjung Pasar Pekan Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah turun padang bagi menyantuni pengunjung yang hadir ke Pasar Pekan Port Dickson.

Aminuddin berkata, rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang berprinsip dan ambil tahu keperluan rakyat.

“Terima kasih kepada semua kerana menyokong dan memberi keyakinan terhadap Pakatan Harapan.

“Insya Allah, sama-sama kita realisasikan perkara ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu Aminuddin turut beramah mesra bersama belia di Pertandingan Sepak Takraw di Kompleks Belia Teluk Kemang.

“Belia merupakan harapan negara serta menjadi asas untuk memajukan negara pada masa depan.

“Adalah penting untuk golongan belia sentiasa diperkasa daripada aspek ekonomi mahupun sosial agar aspirasi untuk membina negara makmur tercapai selaras dengan aspirasi Pakatan Harapan,” ujar Aminuddin yang juga merupakan Calon Pakatan Harapan di Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button