Aktiviti

Lima pemandu teksi Gemas terima bantuan dari Aishah

GEMAS: Pandemik Covid-19 memberi kesan dari segi pendapatan kepada banyak golongan termasuk pemandu teksi.

Justeru, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyumbang barangan keperluan harian kepada lima orang pemandu teksi berbangsa India yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sebelum pandemik Covid-19, hasil pendapatan mereka boleh menampung belanja harian dan boleh menyediakan keperluan anak-anak ke sekolah.

“Namun, kesan dari pandemik Covid-19 ini, pendapatan mereka telah merosot dengan teruk kerana permintaan pelanggan (penumpang) yang ingin menaiki teksi telah berkurangan.

“Semoga sumbangan ini sedkit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian mereka,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button