Aktiviti

Lima usahawan kecil Sungai Lui terima bantuan TUNS

SUNGAI LUI: Seramai lima usahawan kecil dari DUN Sungai Lui menerima bantuan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir menyampaikan sijil TUNS kepada lima usahawan mikrio tersebut dalam sebuah majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Sungai Lui.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terus berusaha memperkasakan usahawan mikro di Negeri Sembilan termasuk di DUN Sungai Lui dengan menyalurkan bantuan kewangan usahawan kecil.

“Semoga bantuan ini dapat membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan dan perusahaan yang dijalankan” kata Zainal Fikri.

Zainal berkata, bantuan ini akan diteruskan lagi ke tahun hadapan dan bagi mereka yang belum atau tidak berkesempatan memohon, boleh memohon pada tahun hadapan..

Show More

Related Articles

Back to top button