Berita

LINGGI: 1,000 keluarga terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 terima Bantuan Khas Covid-19

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah mengagihkan Bantuan Khas Covid-19 dalam bentuk baucer perbelanjaan kepada 1,000 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Rusli berkata, setiap keluarga menerima baucer bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai-kedai yang telah ditetapkan di DUN Linggi.

“Pengagihan baucer RM100 dibuat secara berperingkat-peringkat dengan penyerahan dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ditetapkan.

“Saya berharap dengan bantuan ini ianya akan meringankan beban yang mereka hadapi,” kata Rusli.

Peruntukan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat PKP3.0.

Pada 2 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan sebanyak 50,000 keluarga dari seluruh Negeri Sembilan yang terkesan dengan pandemik Covid-19; akan menerima bantuan makanan dalam bentuk baucer atau barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan susu.

50,000 keluarga ini akan menerima bantuan barangan makanan bernilai RM100 setiap keluarga dan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button