Berita

LINGGI: 15 lagi keluarga terima bantuan bakul makanan

LINGGI: Program Bantuan Bakul Makanan masih diteruskan di DUN Linggi dan kelmarin sebanyak 15 keluarga di Kampung Telok telah menerima bantuan makanan ini.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, pengagihan bantuan makanan ini masih berjalan dan pengagihan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Set barang keperluan dapur telah diserahkan kepada Pengerusi MPKK Kampung Telok, Puan Mariani Mahadan untuk diagihkan kepada mereka yang memohon dan layak menerima bantuan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Amanah yang diberikan kepada MPKK telah dilaksanakan dengan baik dan saya berharap bantuan makanan ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button