Berita

LINGGI: 28 keluarga terkesan akibat Covid-19 dapat bantuan makanan

LINGGI: Sebanyak 28 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Sebanyak 18 keluarga dari Kampung Sawah Sunggala menerima baucer pembelian barangan keperluan dapur bernilai RM100 setiap keluarga.

“Manakala lapan keluarga di Kampung Sungai Raya dan dua keluarga di Kampung Pasir Panjang menerima sumbangan bakul makanan,” ujar Rusli.

Rusli berkata, beliau turut menyerahkan sumbangan lampin pakai buang kepada dua warga emas yang mengalami sakit kaki dan menyebabkan mereka tiada keupayaan untuk bergerak.

“Penerima lampin pakai buang ini ialah Makcik Enon Jantan, 78 tahun dan Pakcik Sani Penekar Kaya, 75 tahun.

“Saya berharap kesemua bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga terbabit,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button