Berita

LINGGI: 824 keluarga terkesan Covid-19 dibantu Rusli

LINGGI: Sebanyak 824 keluarga yang terkesan dengan Covid-19, telah dibantu dengan sumbangan bekalan manakan oleh Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, sepanjang bulan Julai, beliau telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 824 keluarga di DUN Linggi.

Sebahagian besar keluarga yang menerima bantuan ini terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Manakala sebahagiannya lagi pula yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Kita sentiasa memastikan setiap warga DUN Linggi yang terkesan akibat Covid-19 ini dapat bantuan makanan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam menangani permasalahan ini.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban setiap keluarga yang terkesan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button