Aktiviti

Linggi: ‘Hulurkan tangan ringankan beban’, santuni golongan memerlukan bantuan

LINGGI: Pejabat Penyelaras DUN Linggi dengan kerjasama Kolej Uniti Port Dickson telah mengadakan
program menyantuni masyarakat kurang berkemampuan di DUN Linggi.
Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, program yang dinamakan ‘hulurkan tangan ringankan beban’ ini membabitkan 21 pelajar dari Kolej Uniti Port Dickson, petugas Pejabat Penyelaras DUN Linggi dan MPKK DUN Linggi.
“Seramai 21 pelajar yang dipecahkan kepada tiga kumpulan bergerak dari rumah ke rumah di Kampung Telok, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Sungai Sekawang, menyantuni penduduk dan menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada 30 keluarga asnaf.
“Sumbangan Pejabat Penyelaras DUN Linggi pula diagihkan kepada 20 keluarga yang dicutikan kerja akibat pandemik Covid-19 dan keluarga yang di kuarantin akibat Covid-19.
“Saya juga memberi pesanan, bahawa mahasiswa perlu mendekati masyarakat, selami denyut nadi rakyat dan fahami kesusahan mereka serta berusaha untuk terus membantu.
“Pengalaman ini berguna pada mereka seusai pengajian dan kembali ke pangkuan masyarakat nanti,” kata Rusli.
Turut sama dalam program ini adalah Pengerusi MPKK Kampung Telok, MPKK Kampung Pasir Panjang, MPKK Kampung Sungai Sekawang dan Penyelaras PH GEM Port Dickson.
Show More

Related Articles

Back to top button