Berita

Linggi: Isu monyet liar diambil tindakan segera oleh Rusli

LINGGI: Ekoran daripada aduan demi aduan diterima dari kebanyakan MPKK berhubung kacau ganggu monyet dan kera, tinjauan Pejabat Penyelaras DUN Linggi mendapati populasi haiwan ini terlalu tinggi di beberapa kawasan di dalam DUN Linggi.

Pegawai Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, haiwan ini tidak lagi takut kepada manusia dan sering memasùki rumah penduduk, mengacau kanak-kanak dan mengambil apa saja makanan yang boleh dicapai di rumah penduduk kampung sekitar.

“Untuk mengatasi masalah ini, Pejabat Penyelaras DUN Linggi telah menyumbang empat perangkap monyet yang dibina mengikut spesifikasi Jabatan Perhilitan kepada empat MPKK iaitu Kampung Sawah Sunggala, Kampung Bukit Tembok, Kampung Tanjung Agas dan Kampung Pengkalan Durian.

“Perangkap ini akan diletakkan di beberapa tempat strategik untuk beberapa waktu.

“Haiwan yang terperangkap akan diuruskan oleh Jabatan Perhilitan mengikut prosedur operasi mereka,” kata Rusli.

Rusli berkata, perangkap-perangkap ini akan dipindahkan ke tempat lain mengikut keperluan, setelah operasi menangkap monyet di empat kampung ini berjaya.

“Harapan kita agar perangkap ini sedikit sebanyak akan dapat menyelesaikan isu haiwan ini di DUN Linggi,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button