Aktiviti

LINGGI: Pesakit kanser perut dapat sumbangan kewangan dan kerusi roda

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyumbang sebuah kerusi roda dan sejumlah bantuan kewangan kepada pesakit kanser perut, Encik Norazlan Sahar, 50, di Kampung Sungai Raya.

“Encik Norazlan tinggal bersama isterinya yang kini terpaksa berhenti kerja untuk menjaga beliau yang sakit.

“Saya juga telah membantu beliau memohon bantuan bulanan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi serta memudahkan urusan keluarga beliau,” kata Rusli.

Rusli berkata, beliau sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button