# Negeri Kita > Negeri Sembilan ## Posts - [Jelebu Nostalgia Fest 2025](https://negerikita.org/jelebu-nostalgia-fest-2025/): JELEBU: Jelebu Nostalgia Fest 2025 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Stadium Mini Kuala Klawang, sekali gus dijangka menjadi tumpuan masyarakat setempat serta pengunjung dari luar daerah. Festival yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terbuka kepada orang ramai dan bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan, mengangkat elemen nostalgia serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat. Pelbagai pengisian bermanfaat disediakan sepanjang penganjuran festival, termasuk pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta Klinik Gigi. Turut diadakan program Jelebu Berselawat dan Jualan … - [Faliq beri bayangan perubahan besar bakal berlaku](https://negerikita.org/faliq-beri-bayangan-perubahan-besar-bakal-berlaku/): SEREMBAN: Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus beri bayang seolah perubahan besar bakal berlaku buat skuad Jang. Faliq berkata demikian setelah melakukan perjumpaan bersama Pengerusi NSFC, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun bagi membincangkan usaha memperbaiki pasukan tersebut. “Prestasi skuad ketika ini menjadi kerisauan utama buat Pengerusi. “Menjelang perpindahan kedua akan menjadi peluang bagi mengembalikan keyakinan penyokong setia The Jangs. “Terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi YAB Pengerusi untuk kemajuan bola sepak NSFC. “Doakan agar amanah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaAllah,” kata Faliq. - [Malam Sejuta Selawat Ampangan jadi wadah penyatuan ummah](https://negerikita.org/malam-sejuta-selawat-ampangan-jadi-wadah-penyatuan-ummah/): AMPANGAN: Karnival Erat Kasih MADANI 2025 dan Malam Sejuta Selawat (Munajat Ampangan) menjadi platform penting dalam menyatukan ummah, menyemai kasih sayang serta menghidupkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, program yang berlangsung di Dewan Terbuka Taman Dusun Nyior itu dianjurkan sebagai wadah mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kerohanian di samping memperkukuhkan ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan. Menurutnya, penganjuran program berkenaan mencerminkan usaha berterusan memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan keagamaan dan kebajikan. “Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana kerohanian melalui munajat … - [Universiti MILA lantik Tunku Naquiyuddin sebagai Canselor baharu universiti](https://negerikita.org/universiti-mila-lantik-tunku-naquiyuddin-sebagai-canselor-baharu-universiti/): Universiti MILA hari ini mengumumkan pelantikan Y.A.M. Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Negeri Sembilan, sebagai Canselor baharu universiti tersebut. Pelantikan ini telah dimuktamadkan melalui satu majlis menandatangani dokumen pelantikan yang diadakan di kampus Universiti MILA di Nilai, menandakan detik penting dalam usaha universiti memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi dan kerjasama global. Majlis tersebut turut dihadiri oleh kerabat diraja serta barisan kepimpinan tertinggi universiti. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.M. Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin dan Y.M. Tengku A’Liaa Muna Tengku Abdul Rahman. Profesor Dr. Graham Kendall, Naib Canselor Universiti MILA, menyatakan bahawa pelantikan berprestij Y.A.M. Tunku Naquiyuddin Ibni … - [Sukan SEA: Pearly-Thinaah tamatkan penantian sedekad, hadiahkan emas beregu wanita](https://negerikita.org/sukan-sea-pearly-thinaah-tamatkan-penantian-sedekad-hadiahkan-emas-beregu-wanita/): Gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah mencipta detik bersejarah apabila menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Malaysia dalam acara berkenaan di Sukan SEA Thailand 2025, selepas menundukkan pasangan Indonesia pada aksi final, Ahad. Pasangan ranking kedua dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan gandingan Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Puspitasari menerusi perlawanan tiga set yang berlarutan selama 86 minit di Gimnasium Universiti Thammasat. Dalam aksi penuh intensiti, Pearly-Thinaah memulakan perlawanan dengan meyakinkan apabila memenangi set pertama 21-16, namun lawan bangkit pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas mencatat kemenangan 21-19. Berbekalkan ketenangan dan disiplin … - [MARA fokus perkasa usahawan wanita luar bandar](https://negerikita.org/mara-fokus-perkasa-usahawan-wanita-luar-bandar/): TAMPIN: Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah merasmikan Program Pemerkasaan Usahawan Wanita MARA 2025 dengan jayanya di Dewan Perdana Tampin. Program ini merupakan Program Pemerkasaan Usahawan Wanita MARA yang ke-93 di seluruh Malaysia bagi tahun 2025, sekali gus menjadi penutup tirai pelaksanaan program berimpak ini untuk tahun ini. Penganjuran program ini jelas membuktikan kesungguhan dan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa golongan wanita, khususnya di peringkat akar umbi, agar mereka dapat melibatkan diri secara aktif dan mampan dalam bidang keusahawanan. Inisiatif seperti ini membuka ruang dan peluang kepada wanita luar bandar untuk meningkatkan keupayaan diri melalui sokongan menyeluruh … - [Malaysia akhiri kemarau 34 Tahun, rampas kejuaraan regu berpasukan dari Thailand](https://negerikita.org/malaysia-akhiri-kemarau-34-tahun-rampas-kejuaraan-regu-berpasukan-dari-thailand/): Skuad sepak takraw lelaki Malaysia akhirnya menamatkan penantian panjang selama 34 tahun untuk muncul juara acara regu berpasukan apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, Thailand. Kejayaan bersejarah itu sekali gus memadam dominasi berpanjangan Thailand yang selama lebih tiga dekad menjadi penghalang utama Malaysia dalam acara berprestij berkenaan. Kali terakhir negara menjulang gelaran tersebut adalah pada Sukan SEA 1991 di Manila. Lebih manis, kemenangan itu dicapai di gelanggang lawan apabila skuad negara mempamerkan semangat juang tinggi serta ketenangan dalam aksi penentuan, sekali gus mengejutkan penyokong tuan rumah yang mengharapkan Thailand meneruskan penguasaan mereka. … - [Kerajaan Negeri Sembilan perkukuh Dasar Pendidikan, pastikan tiada murid tercicir](https://negerikita.org/kerajaan-negeri-sembilan-perkukuh-dasar-pendidikan-pastikan-tiada-murid-tercicir/): SEREMBAN: Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), dengan visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera dan misi Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim (BN-SENALING), JPNS bertanggungjawab menyelaraskan dasar negeri dengan hala tuju nasional di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang menekankan aspek seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Dasar pendidikan turut ditumpukan kepada memastikan anak-anak Negeri Sembilan benar-benar mendapat tempat belajar serta mengiktiraf pencapaian mereka, termasuk anugerah untuk siswazah cemerlang. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong setiap … - [Lorong Seni Seremban terpanjang di Malaysia](https://negerikita.org/lorong-seni-seremban-terpanjang-di-malaysia/): SEREMBAN: Lorong Seni Seremban menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records sebagai lorong seni terpanjang di Malaysia, sekali gus mengharumkan nama bandar Seremban di peringkat kebangsaan. Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Lorong Seni Terpanjang di Malaysia, Lorong Seni Seremban telah berlangsung di Benteng Walk, Seremban. Majlis ini telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Chong Say Hoo; Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal Mohd Yusof dan Pengarah Pembangunan … - [Pejabat Parlimen PD nafi bantuan persekolahan, orang ramai diingatkan waspada](https://negerikita.org/pejabat-parlimen-pd-nafi-bantuan-persekolahan-orang-ramai-diingatkan-waspada/): PORT DICKSON: Pejabat Parlimen Port Dickson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung pemberian bantuan persekolahan yang kononnya disalurkan oleh pejabat berkenaan, seperti yang tular di media sosial dan beberapa platform lain baru-baru ini. Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson, maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar dan bersifat palsu, selain berpotensi mengelirukan orang ramai serta mencemarkan kredibiliti dan imej pejabat berkenaan. Sehubungan itu, pejabat berkenaan menegaskan bahawa semua pengumuman rasmi berkaitan sebarang bentuk bantuan hanya akan dibuat melalui saluran rasmi Ahli Parlimen Port Dickson dan Pejabat Parlimen Port Dickson sahaja. Dalam kenyataan sama, orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa … - [Kerajaan Negeri giat atasi isu bekalan air, projek paip dan takungan dipercepat](https://negerikita.org/kerajaan-negeri-giat-atasi-isu-bekalan-air-projek-paip-dan-takungan-dipercepat/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui agensi berkaitan terus giat melaksanakan pelbagai projek penambahbaikan infrastruktur air bagi memastikan bekalan air bersih dan berterusan dapat dinikmati oleh semua penduduk di seluruh negeri. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, antara tumpuan utama kerajaan ketika ini ialah pelaksanaan program penggantian paip lama dan uzur, khususnya di kawasan FELDA yang sering berdepan masalah paip pecah dan gangguan bekalan air. Menurut beliau, program penggantian paip di kawasan FELDA sedang dilaksanakan secara berperingkat menerusi peruntukan daripada FELDA serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW/PETRA), susulan isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) … - [Perlombongan REE Jelebu jana hasil RM22.7 juta](https://negerikita.org/perlombongan-ree-jelebu-jana-hasil-rm22-7-juta/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan dijangka meraih hasil royalti mencecah RM22.7 juta dalam tempoh enam tahun hasil kelulusan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Daerah Jelebu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak tiga permohonan perlombongan NR-REE telah diluluskan melibatkan kawasan di mukim Ulu Klawang dan mukim Ulu Triang, dengan setiap kelulusan diberikan bagi tempoh enam tahun. “Kerajaan Negeri mengenakan kadar royalti sebanyak 15 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, sekali gus menjadikan projek berkenaan sebagai antara penyumbang baharu kepada hasil negeri. “Selain pulangan kewangan, projek itu turut dijangka membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, … - [Tindakan atasi masalah bekalan air di DUN Gemencheh sedang dilaksana](https://negerikita.org/tindakan-atasi-masalah-bekalan-air-di-dun-gemencheh-sedang-dilaksana/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedang mengambil langkah dan tindakan bagi mengatasi masalah bekalan air yang sering terputus akibat paip air lama yang selalu pecah di DUN Gemencheh. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh pihak SAINS adalah melaksanakan projek penggantian paip lama melalui peruntukan SAINS, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) secara berperingkat mengikut keutamaan. Terdapat satu projek melalui peruntukan PAAB di mana kemajuan terkini adalah dalam proses rekabentuk oleh juru perunding. Senarai projek adalah seperti berikut: i. … - [Projek Jalan Bukit Pelandok dan Sungai Pelek dijangka bermula tahun 2026](https://negerikita.org/projek-jalan-bukit-pelandok-dan-sungai-pelek-dijangka-bermula-tahun-2026/): SEREMBAN: Status semasa Projek Membina Jalan dan Jambatan Sungai Sepang bagi Menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan Sungai Pelek, Sepang, Selangor kini berada dalam peringkat perolehan. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, projek tersebut telah diiklankan pada 3 Julai 2025 dan dijangka Surat Setuju Terima (SST) akan dikeluarkan pada Disember 2025. “Manakala bagi Projek Membina Jambatan Baharu dan Jalan Tuju Kuala Lukut Ke Chuah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan juga berada dalam peringkat perolehan dan dijangka Surat Setuju Terima (SST) akan dikeluarkan pada April 2026,” ujar beliau. Aminuddin berkata demikian semasa menjawab soalan … - [Negeri Sembilan pastikan kadar tarif air bagi B40 terendah di Malaysia](https://negerikita.org/negeri-sembilan-pastikan-kadar-tarif-air-bagi-b40-terendah-di-malaysia/): SEREMBAN: Kenaikan tarif air yang dilaksanakan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) adalah bagi memastikan kesinambungan pelaburan dalam projek-projek penaiktarafan, serta bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah memastikan kadar tarif air bagi kumpulan B40 dan pengguna domestik berpendapatan rendah masih kekal antara yang terendah di Malaysia. “Langkah-langkah penaiktarafan yang dilaksanakan ini dijangka dapat meningkatkan tahap kepuasan pengguna melalui penambahbaikan kualiti bekalan air, pengurangan gangguan, serta pengurusan sistem yang lebih cekap dan telus,” ujar beliau. Aminuddin menjelaskan Kerajaan Negeri melalui SAINS sentiasa … - [Port Dickson tarikan utama pelancong menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026](https://negerikita.org/port-dickson-tarikan-utama-pelancong-menjelang-tahun-melawat-negeri-sembilan-2026/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi tumpuan terhadap pembangunan sektor pelancongan sukan (Sport Tourism) sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri serta usaha memperkukuh promosi imej Negeri Sembilan di peringkat nasional dan antarabangsa. Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor (BN) berkata, sepanjang tahun 2025, pelbagai program dan acara sukan berimpak tinggi telah dilaksanakan di seluruh negeri termasuk di Port Dickson sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. “Antara program utama yang telah dianjurkan ialah Negeri Sembilan Forest Orienteering Cup 2025 di PD Forest @ Sungai Menyala, Port Dickson, yang berjaya menarik penyertaan antarabangsa melibatkan 154 peserta … - [MAINS perkasa kesedaran zakat dalam kalangan anggota tentera](https://negerikita.org/mains-perkasa-kesedaran-zakat-dalam-kalangan-anggota-tentera/): GEMAS: Program Jelajah Bulan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama ATM 2025 dengan tema ‘Perwira Berzakat, Negeri Berkat’ menyantuni warga ATM dengan penganjuran siri ceramah serta kerjasama strategik bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang kali ini berlangsung di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran berzakat dalam kalangan anggota tentera, selaras dengan usaha MAINS memperkukuh syiar Islam melalui pendidikan, dakwah dan pembangunan ummah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej. Jen. Dato’ Mohd. Rashidi Bujai, yang turut merakamkan penghargaan kepada MAINS atas komitmen berterusan dalam mendekati warga ATM … - [Program Pembangunan Belia oleh Kerajaan Negeri Sembilan](https://negerikita.org/program-pembangunan-belia-oleh-kerajaan-negeri-sembilan/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited melaksanakan agenda pembangunan belia secara menyeluruh melalui pendekatan berasaskan kemahiran, kepimpinan, keusahawanan dan keterlibatan komuniti. Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor (BN) berkata, selaras dengan fokus Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dan 2026, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dan memperkasa program berikut: (A) Program Keusahawanan dan Kepimpinan Belia – Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan 1. Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) – Geran sokongan kepada usahawan muda (18–40 tahun). – Meningkatkan akses modal permulaan kepada belia B40 dan M40. 2. TUNS Plus – Bantuan tambahan untuk usahawan belia yang ingin mengembangkan operasi, menaik taraf peralatan … - [Projek bekalan air Port Dickson diperkukuh melalui pelaksanaan inisiatif utama](https://negerikita.org/projek-bekalan-air-port-dickson-diperkukuh-melalui-pelaksanaan-inisiatif-utama/): SEREMBAN: Pelaksanaan projek bekalan air di Port Dickson terus diperkukuh melalui beberapa inisiatif utama yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan kestabilan dan kecekapan agihan air kepada penduduk daerah berkenaan. Menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata pelbagai projek sedang dilaksanakan melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memenuhi keperluan semasa serta menampung pertumbuhan pesat kawasan itu. Antara projek yang sedang berjalan ialah cadangan mereka bentuk dan membina sebuah rumah pam bersama sistem pengepaman di Kolam Teluk Kemang yang kini mencapai … - [Gunasekaren suarakan usaha bersama perkasakan kebajikan pekerja ladang](https://negerikita.org/gunasekaren-suarakan-usaha-bersama-perkasakan-kebajikan-pekerja-ladang/): SEREMBAN: Kebajikan pekerja ladang menjadi fokus persidangan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren, mengemukakan soalan lisan berkaitan inisiatif perumahan dan kemudahan asas untuk golongan tersebut dalam Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan di Wisma Negeri pada semalam. Dalam sesi itu, Gunasekaren memohon penjelasan EXCO Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Industri, Veerapan Superamaniam, mengenai langkah Kerajaan Negeri memperkukuh kebajikan pekerja ladang yang masih berdepan isu perumahan tidak terurus, prasarana terhad dan kos sara hidup yang meningkat. Beliau menegaskan pentingnya peranan pekerja ladang sebagai tulang belakang sektor perladangan … - [Amerika, Belanda, Australia dan Jepun, lima pelabur terbesar di Negeri Sembilan tahun 2026](https://negerikita.org/amerika-belanda-australia-dan-jepun-lima-pelabur-terbesar-di-negeri-sembilan-tahun-2026/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa sentiasa komited dalam usaha menarik pelaburan bagi melonjakkan ekonomi negeri dengan pelbagai usaha melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, lima pelaburan asing terbesar yang telah dikenal pasti bagi kemasukan pelaburan dalam perancangan ke Negeri Sembilan pada tahun 2026 antaranya melibatkan: Projek Gudang Sejuk Beku Pintar Bertingkat dari Jepun yang akan menjalankan operasi di Techpark 2, Enstek dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 juta. Operasi syarikat ini adalah dalam klasifikasi Perkhidmatan Logistik; Projek Peralatan Perubatan, juga dari Jepun yang akan beroperasi di Sendayan Techvalley dengan nilai pelaburan … - [Aminuddin sasar pelaburan RM8 bilion tahun 2026](https://negerikita.org/aminuddin-sasar-pelaburan-rm8-bilion-tahun-2026/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan giat memperkukuh ekonomi melalui peningkatan pelaburan strategik apabila merekodkan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM7.2 bilion pada tahun 2024. Justeru itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Negeri Sembilan dijangka mampu meningkatkan kemasukan pelaburan bernilai RM8 bilion pada tahun 2026, mencerminkan pertumbuhan berterusan dan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Negeri. Sementara itu, sehingga suku ketiga tahun 2025, Negeri Sembilan telah mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM6.2 bilion. “Dalam perkembangan yang sama, Projek F&N di Gemas, Tampin telah beroperasi pada suku pertama tahun 2025. “Fasa 1 dianggarkan menyumbang 300 peluang pekerjaan baharu. “Apabila keseluruhan fasiliti … - [JOHOL: RM1.77 juta diperuntuk bagi naik taraf kemudahan asas masjid](https://negerikita.org/johol-rm1-77-juta-diperuntuk-bagi-naik-taraf-kemudahan-asas-masjid/): SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di bawah Rancangan Malaysia ke-13, telah mengambil inisiatif untuk merancang pembangunan yang memberi fokus utama kepada penyelenggaraan dan menaiktaraf masjid-masjid sedia ada di Negeri Sembilan dengan melihat keperluan dari masa ke semasa berdasarkan keutamaan dan peruntukan yang diterima. Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata JHEAINS telah mengangkat kertas cadangan untuk menaik taraf dua buah masjid yang berada di kawasan Johol seperti berikut: i) Kerja-kerja menaik taraf tandas dan dewan terbuka Masjid Kariah Kampung Kepis Baru; dan ii) Kerja-kerja menaik taraf bilik jenazah dan pagar Masjid Kariah Kampung Dingkir. “Walaubagaimanapun, … - [Kapasiti LRA Kuala Klawang akan dinaikkan kepada lapan juta liter air sehari](https://negerikita.org/kapasiti-lra-kuala-klawang-akan-dinaikkan-kepada-lapan-juta-liter-air-sehari/): SEREMBAN: Masalah gangguan bekalan air semasa atau selepas hujan di kawasan Kuala Klawang berpunca daripada peningkatan kadar kekeruhan sumber air mentah yang tinggi di Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Klawang, terutamanya apabila hujan lebat berlaku di kawasan tadahan iaitu di Muka Sauk Ulu Kemin. Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kadar kekeruhan yang optimum menyebabkan operasi rawatan air terpaksa dihentikan sementara bagi memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan kepada pengguna kekal mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, SAINS telah melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut: i. Memastikan paras kolam LRA Kuala Klawang sentiasa … - [Isu kesesakan di Pekan Lukut sedang diatasi](https://negerikita.org/isu-kesesakan-di-pekan-lukut-sedang-diatasi/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kerja Raya mengambil maklum akan isu kesesakan di Pekan Lukut terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Bagi penyuraian trafik di Pekan Lukut, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan pelaksanaan Projek Membina Jambatan Baharu dan Jalan Tuju dari Kuala Lukut ke Chuah, Daerah Port Dickson, yang dapat menghubungkan trafik dari arah Bandar Port Dickson ke Chuah melalui Jalan Negeri iaitu Jalan Kampung Kuala Lukut N159, N186, N4 Jalan Tanah Merah – Chuah – Bukit Pelandok hingga Jalan Persekutuan FT005 Jalan Lubok Cina – Sepang tanpa melalui Pekan Lukut. Menteri Besar, Dato’ … - [Pesakit kanser Negeri Sembilan bakal dapat bantuan RM1,000](https://negerikita.org/pesakit-kanser-negeri-sembilan-bakal-dapat-bantuan-rm1000/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan bayaran one-off sebanyak RM1,000 kepada pesakit kanser mulai tahun 2026 bagi mengurangkan beban kewangan mereka. Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan bagi tujuan itu di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2026. “Ini merupakan kali pertama kita menyediakan bantuan ini memandangkan kes kanser semakin meningkat. “Sesiapa yang lahir dan menetap di Negeri Sembilan yang disahkan menghidap kanser atau sedang menjalani rawatan layak menerima bantuan ini tanpa mengira status atau pendapatan. “Langkah ini bertujuan memberi sokongan moral kepada pesakit serta mengingatkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan melawan penyakit … - [BELANJAWAN NEGERI SEMBILAN 2026: Belanjawan MADANI, Rakyat Harmoni](https://negerikita.org/belanjawan-negeri-sembilan-2026-belanjawan-madani-rakyat-harmoni/): SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan tema ‘Belanjawan Madani, Rakyat Harmoni’ dengan menggariskan 69 inisiatif iaitu sebanyak 23 inisiatif baru dan 46 inisiatif sedia ada yang ditambah baik. Untuk rekod lepas, sebanyak 214 inisiatif telah dilaksanakan sejak tahun 2019 sehingga tahun 2025. Kejayaan yang dicatat ini lebih bermakna apabila Negeri Sembilan berjaya mencatat rekod Surplus bagi empat tahun berturut-turut iaitu 2022 sehingga 2025. Untuk itu, bagi tahun 2026, dengan derap langkah yang lebih meyakinkan, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan membentangkan Belanjawan Defisit dengan Anggaran Hasil sebanyak RM610 juta dan Anggaran … - [Siaran langsung pembentangan Bajet 2026 di 10 DUN](https://negerikita.org/siaran-langsung-pembentangan-bajet-2026-di-10-dun/): Buat kali pertama, pembentangan Belanjawan 2026 akan disiarkan secara langsung di 10 DUN pada 2.45 petang ini.  Para hadirin di lokasi siaran langsung ini juga akan dijamu dengan Hi Tea. Berikut senarai DUN dan lokasi Hi Tea sempena Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2026:   - [MPPD tawar PARKING PERCUMA 5 dan 6 Disember](https://negerikita.org/mppd-tawar-parking-percuma-5-dan-6-disember/): Hebahan umum untuk semua. Sempena sambutan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 (Rancakkan MADANI), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bersama Stellar Parking Sdn Bhd telah bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan PARKING PERCUMA pada 5/12/2025 sehingga 6/12/2025 (Jumaat – Sabtu) bagi seluruh kawasan Port Dickson. - [Faez rasmi Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Labu](https://negerikita.org/faez-rasmi-sambutan-hari-kanak-kanak-sk-labu/): LABU: Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak telah mewakili Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin merasmikan program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Batu 10. Dalam ucapan beliau, Ahmad Faez menyatakan peranan serta kepentingan anak-anak terhadap masyarakat. “Saya ingin menasihatkan agar anak-anak SK Labu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar dapat menyumbang bakti kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. “Apa yang menarik, murid-murid termasuk guru-guru mengenakan busana Retro yang membawa kita ke era 70an,” kata Ahmad Faez. Sambutan Hari Kanak-kanak diserikan lagi dengan persembahan oleh murid-murid Pra Sekolah yang mencuit hati. - [Jualan kereta EV meningkat di Malaysia](https://negerikita.org/jualan-kereta-ev-meningkat-di-malaysia/): Pengguna kereta kini beralih seiring transformasi industri. Di bawah NIMP 2030, peralihan ini bukan sekadar angka. Ia mencerminkan bagaimana inovasi membuka laluan kepada peluang baharu dan mobiliti hijau. Jom sertai industri automotif untuk membentuk masa depan mobiliti yang lebih lestari. Untuk maklumat lanjut layari layari: https://bit.ly/nimp2030ev - [Tengku Zamrah raikan pelajar Tuisyen Komuniti DUN Ampangan](https://negerikita.org/tengku-zamrah-raikan-pelajar-tuisyen-komuniti-dun-ampangan/): AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah meraikan calon SPM 2025 dari Tuisyen Komuniti Percuma DUN Ampangan. Majlis menyaksikan penyampaian ‘Penghargaan Pelajar Terbaik Kehadiran’ serta set alatan tulis pelajar bagi kegunaan semasa peperiksaan bertulis SPM 2025 (25 November – 23 Disember), disertai bacaan doa selamat bagi semua calon sebagai tanda sokongan dan harapan kejayaan. “Saya mendoakan agar semua calon membuat persiapan rapi, kekal fokus dan yakin dengan kemampuan diri. “Beliau menekankan bahawa setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan, sambil memberi inspirasi agar pelajar terus melangkah dengan semangat dan keyakinan. … - [19 JPKK DUN Labu terima watikah pelantikan daripada Faez](https://negerikita.org/19-jpkk-dun-labu-terima-watikah-pelantikan-daripada-faez/): LABU: Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha JPKK DUN Labu bagi penggal 2025 – 2027. “Kami harap pemilihan kali ini dapat melahirkan JPKK yang lebih cemerlang dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal kampung di DUN Labu. “Tahniah sekali lagi buat insan-insan yang terpilih. Kini bermulalah tanggungjawab kalian,” ujar Ahmad Faez. Terlebih dahulu majlis didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Puan Salwany diikuti bacaan doa oleh Ketua AMK Rasah, Muhammad Aqil Irfan. Turut hadir, Ketua Cabang Keadilan Rasah, Izzuddin Ismail dan Setiausaha UMNO Bahagian Rasah, Khairul Nizam. - [51 KIR terjejas banjir, terima sumbangan daripada Faizal](https://negerikita.org/51-kir-terjejas-banjir-terima-sumbangan-daripada-faizal/): LINGGI: Sebanyak 51 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir tempoh hari telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli. Faizal berkata, daripada jumlah tersebut 15 orang daripada Kampung Sungai Raya, 17 orang daripada Kampung Permatang Pasir, 14 orang daripada Kampung Linggi, dua orang daripada Kampung Pengkalan Durian, dua orang daripada Kampung Tampin Linggi dan seorang daripada Pengkalan Kempas seorang. “Moga sumbangan kecil yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka. “InsyaAllah akan ada lagi sumbangan daripada saya kepada mereka daripada masa ke masa. “Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang persendirian serta Yayasan … - [Veerapan percaya MB akan umum beberapa inisiatif perkasa golongan usahawan kecil](https://negerikita.org/veerapan-percaya-mb-akan-umum-beberapa-inisiatif-perkasa-golongan-usahawan-kecil/): SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata, beliau percaya Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun akan mengumumkan beberapa inisiatif untuk golongan usahawan kecil semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 pada hari Jumaat (5 Disember 2025) ini. “Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Bil. 2/2025 di Bilik Gerakan, Wisma Negeri. “Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pelaksanaan inisiatif bagi tahun 2025 dan keberkesanan yang berkait dengan usahawan. “Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Program NS Choice (Skim Pengiktirafan Kualiti SIRIM) dan dana TUNS. “Menjelang pembentangan Belanjawan 2026 … - [KARNIVAL ZA’BA 2025: Za’ba dan Jati Diri Bangsa](https://negerikita.org/karnival-zaba-2025-zaba-dan-jati-diri-bangsa/): JEMPOL: Karnival Za’ba 2025 telah diadakan di Teratak Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Arwan Sabri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan) Merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang telah diadakan pada malam 29 November 2025, Forum Za’ba Bertajuk ‘Za’ba dan Jati Diri Bangsa’, Pertandingan Mewarna bertemakan Za’ba, Pertandingan Kolaj bersama keluarga, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Memancing nostalgia Za’ba di zaman kanak-kanak, pameran agensi, Jualan Produk IKS, Demonstrasi Masakan Luak … - [Faez mahu sekolah lahirkan tokoh agama, ekonomi dan politik](https://negerikita.org/faez-mahu-sekolah-lahirkan-tokoh-agama-ekonomi-dan-politik/): LABU: Majlis Graduasi dan Apresiasi SPM 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Shahardin, Labu, telah berlangsung di Al Batross Kota Seriemas Golf & Country Club. Majlis yang penuh dengan Istiadat Konvokesyen, dirasmikan oleh Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak. Ahmad Faez berkata, ini merupakan julung-julung kalinya, SMK Dato’ Shahardin Labu, menganjurkan majlis yang penuh gilang gemilang ini, hasil gabungan PIBG, guru-guru, pelajar-pelajar dan pihak sekolah. “Saya sempat memberi nasihat serta semangat kepada para pelajar. “Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dalam pelajaran serta guru-guru dan ibu bapa yang menjadi tonggak utama kejayaan anak-anak mereka. “Semoga SMK … - ['Dari trek ke pentas konvokesyen': Shahril Aiman harumkan nama USIM dalam dunia olahraga](https://negerikita.org/dari-trek-ke-pentas-konvokesyen-shahril-aiman-harumkan-nama-usim-dalam-dunia-olahraga-2/): NILAI: Walaupun pentas Majlis Konvokesyen Ke-23 USIM menyaksikan ribuan graduan diraikan atas pencapaian akademik, kisah salah seorang graduan Sarjana Muda Matematik Kewangan dari Fakulti Sains dan Teknologi, Muhammad Shahril Aiman Mohd Noor, 23, membawa makna yang tersendiri. Bukan hanya cemerlang dalam pengajian, Shahril juga merupakan nama yang cukup dikenali dalam arena olahraga apabila mewakili USIM dan negeri Terengganu di pentas kejohanan sukan berprestij, termasuk SUKMA. Berbakat sejak bangku sekolah dan dibesarkan dalam keluarga yang kuat bernafas dengan dunia sukan di mana ayahnya, Mohd Noor Zakaria, merupakan guru dan jurulatih merentas desa dan olahraga di sekolah. Perjalanan Shahril tidak terlepas daripada … - [43 anak muda Labu terima bantuan kewangan berjumlah RM41,250](https://negerikita.org/43-anak-muda-labu-terima-bantuan-kewangan-berjumlah-rm41250/): LABU: Program Penyampaian Bantuan Inisiatif Negeri Sembilan bagi Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Bantuan Belia Berkahwin telah berjaya dilaksanakan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu. Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak berkata, melalui inisiatif ini, seramai 30 orang penerima Bantuan IPT telah menerima sumbangan berjumlah RM38,650 bagi membantu persediaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. “Selain itu, seramai 13 penerima Bantuan Belia Berkahwin turut menerima bantuan sebagai sokongan awal dalam membina kehidupan berkeluarga. “Setiap pengantin baharu ini menerima RM500 seorang dan jumlah keseluruhan Bantuan Belia Berkahwin yang diserahkan kepada 13 belia ini ialah sebanyak RM6,500. “Semoga … - [Program silang budaya perlihatkan keindahan perpaduan negeri](https://negerikita.org/program-silang-budaya-perlihatkan-keindahan-perpaduan-negeri/): SEREMBAN: Program Pintar Kreatif Silang Budaya dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Tabika dan Taska Perpaduan Perigkat Negeri Sembilan 2025 secara tidak langsung memperlihatkan keindahan perpaduan antara kaum dalam negeri ini. Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, ini kerana kita berpeluang melihat anak-anak kecil tampil dengan pakaian tradisi masing-masing. “Mereka juga turut mengalunkan ikrar serta mempersembahkan kreativiti mereka dengan penuh keyakinan. “Ia menggambarkan bahawa nilai keharmonian dan saling menghormati serta subu yang mula dipupuk sejak awal usia. “Semangat kerjasama dan sokongan padu ini yang menjadikan Malaysia kukuh sebagai sebuah negara yang aman, inklusif dan … - [Dari trek ke pentas konvokesyen: Shahril Aiman harumkan nama USIM dalam dunia olahraga](https://negerikita.org/dari-trek-ke-pentas-konvokesyen-shahril-aiman-harumkan-nama-usim-dalam-dunia-olahraga/): NILAI: Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bukan sekadar merai graduan atas pencapaian akademik, tetapi turut menyaksikan kisah inspirasi seorang graduan Sarjana Muda Matematik Kewangan dari Fakulti Sains dan Teknologi, Muhammad Shahril Aiman bin Mohd Noor, 23, yang berjaya mengharumkan nama universiti dalam dunia olahraga. Berbakat sejak di bangku sekolah dan dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam sukan, Shahril mendapat tunjuk ajar awal daripada ayahnya, Mohd Noor bin Zakaria, seorang guru serta jurulatih merentas desa. Malah, abangnya juga merupakan atlet bola baling yang aktif. “Keluarga sangat menyokong saya dalam sukan dan tidak pernah menghalang minat saya, asalkan pelajaran … - [Tiga hafizah 30 juzuk bergelar graduan fizik gunaan](https://negerikita.org/tiga-hafizah-30-juzuk-bergelar-graduan-fizik-gunaan/): NILAI: Dalam ribuan graduan yang diraikan pada majlis konvokesyen kali ini, tumpuan terarah kepada tiga wanita muda yang bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Fizik Gunaan, malah turut bergelar Hafizah Al-Quran 30 juzuk. Mereka ialah Izzatul Faqihah Mohd Azahar, Mishkah Azzahirah Suwandi, dan Siti Nur Syakirah Ahmad Afendi, yang kesemuanya berusia antara 23 hingga 24 tahun. Ketiga-tiga graduan ini memulakan perjalanan hafazan pada usia yang berbeza. Izzatul Faqihah mula menghafal pada usia 13 tahun dan berjaya menamatkannya dalam tempoh empat tahun. Beliau berkongsi bahawa peralihan terus daripada sekolah rendah biasa ke program hafazan di Tingkatan Satu merupakan cabaran … - [Negeri Sembilan belanja RM3.08 juta bagi pembangunan Stadium Bola Ngoca Kuala Pilah](https://negerikita.org/negeri-sembilan-belanja-rm3-08-juta-bagi-pembangunan-stadium-bola-ngoca-kuala-pilah/): KUALA PILAH: Sejak tahun 2021 hingga tahun 2024, Kerajaan Negeri Sembilan telah membelanjakan RM3.08 juta bagi pembinaan dan pembangunan Stadium Bola Ngoca Kuala Pilah di Perkampungan Budaya Terachi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Stadium Bola Ngoca Kuala Pilah di tapak sawah padi merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. “Stadium Bola Ngoca Kuala Pilah merupakan sebuah mercu tanda kebanggaan kita bersama. “Inilah bukti nyata bagaimana sebuah cita-cita kecil direalisasikan dengan usaha yang gigih semua pihak untuk menjadi realiti. “Saya menyeru semua badan kerajaan, swasta, persatuan, dan komuniti untuk bersama-sama memanfaatkan fasiliti yang hebat ini. “Marilah kita … - [Pelaburan RM3.08 Juta Jadikan Pesta Bola Ngoca Identiti Negeri Sembilan](https://negerikita.org/pelaburan-rm3-08-juta-jadikan-pesta-bola-ngoca-identiti-negeri-sembilan/): KUALA PILAH: Pesta Bola Ngoca 2025 membuka tirai dengan pelbagai pengisian sukan rakyat dan aktiviti komuniti di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah.   Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun yang turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dari seluruh Negeri Sembilan dan negeri-negeri berdekatan.   Menurut beliau, tahun ini tampil lebih meriah dengan penambahan dua acara baharu iaitu imbang balak dan titi ayun melengkapkan rangkaian aktiviti tradisi seperti ngocah ikan, kerja itik, berbasikal, baling bola serta memanah.   Penganjuran turut disokong dengan jualan rahmah dan jualan madani bagi memberi pilihan lebih luas … - [Paras Air Mungkin Surut Esok Berikutan Pengurangan Intensiti Hujan: JPS](https://negerikita.org/paras-air-mungkin-surut-esok-berikutan-pengurangan-intensiti-hujan-jps/): Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPS), Ir. Ts. Abd Hakim Bin Hamzah ketika ditemui di Negeri Sembilan Command Centre (NesSCOM) menjelaskan bahawa hujan berpanjangan yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini merupakan kesan tidak langsung daripada taufan yang melanda Indonesia. Fenomena itu membawa angin yang menyebabkan Malaysia menerima jumlah hujan lebih tinggi namun intensitinya masih terkawal. “Kawasan rendah sememangnya dijangka terjejas dan JPS telah lebih awal mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya banjir yang kini mula kelihatan apabila paras air meningkat di beberapa lokasi” menurutnya ketika sidang media di NeSCOM. Beliau berkata aliran air dari kawasan hulu (upstream) terus … - [Satu lagi PPS di buka](https://negerikita.org/satu-lagi-pps-di-buka/): SEREMBAN: Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Jijan. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, PPS di SK Jijan melibatkan 4 orang mangsa sahaja. “Dalam pada itu, PPS di SK Jimah Lama mencatatkan peningkatan daripada 70 orang mangsa kepada 100 orang mangsa. “Saya telah mengarah bahawa Pejabat Daerah Port Dickson untuk melakukan baik pulih bumbung rumah mangsa yang rosak akibat ribut pada malam tadi. “Setakat ini, hanya Port Dickson sahaja yang mempunyai PPS. “Saya juga berharap agar tidak perlu dibuka PPS di daerah lain,” kata Aminuddin. Aminuddin berkata demikian di Majlis … - [Tun M, sila nyatakan klausa yang beri syarikat USA status Bumiputera](https://negerikita.org/tun-m-sila-nyatakan-klausa-yang-beri-syarikat-usa-status-bumiputera/): Alhamdulillah, baru sahaja selesai beri taklimat dan berbincang dengan Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART). Penting untuk saya tegaskan, ART BUKAN Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Ia adalah mekanisme perlindungan kritikal untuk memastikan akses pasaran eksport utama kita di Amerika Syarikat, yang bernilai hampir RM200 bilion, kekal terjamin. Kita bertindak pantas untuk melindungi 1.1 juta pekerjaan rakyat dan lebih 7,700 PMKS daripada risiko tarif unilateral. ART mengekalkan tarif semasa 19 peratus dan melindungi sektor-sektor utama seperti sawit, koko, dan peranti perubatan daripada kenaikan sewenang-wenangnya. Ini jaminan daya saing global kita. Saya juga telah perbetulkan beberapa … - [Dua PPS banjir dibuka di Negeri Sembilan](https://negerikita.org/dua-pps-banjir-dibuka-di-negeri-sembilan/): SEREMBAN: Sebanyak dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di Negeri Sembilan pada pagi ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, PPS pertama adalah di Balairaya Permatang Pasir dan PPS kedua adalah di Sekolah Kebangsaan Jimah. “Kedua-dua PPS tersebut menempat seramai 93 orang mangsa pada setakat jam 9:00 pagi tadi. “Saya menyeru semua penduduk, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai, supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah. “Keselamatan keluarga dan nyawa adalah keutamaan. “Terima kasih juga kepada semua petugas barisan hadapan, sukarelawan dan agensi keselamatan yang terus bertugas memastikan kebajikan mangsa … - [NeSCOM telah diaktifkan: AMINUDDIN](https://negerikita.org/nescom-telah-diaktifkan-aminuddin/): SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyatakan bahawa Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) telah mula diaktifkan pagi tadi. “Pengaktifan NeSCOMM adalah bagi memantau semua lokasi titik panas banjir di seluruh Negeri Sembilan. “Hal ini kerana, sekiranya kita menerima hujan lebih 200mm dalam jangka masa panjang, akan terdapat beberapa kawasan mengalami banjir. “”Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Negeri Sembilan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam situasi ini. “Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kejadian tidak diingini berlaku di kawasan anda,” kata Aminuddin. Aminuddin berkata demikian dalam satu hantaran di laman media sosial beliau. Beliau turut … - [NS Fest kembali lagi](https://negerikita.org/ns-fest-kembali-lagi/): Acara tahunan Negeri Sembilan NS Fest kini kembali lagi. Maklumat lanjut adalah seperti berikut: Tarikh: 20 Disember hingga 31 Disember Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 malam Tempat: Dataran Nilai Jumpo anda di sana! - [RM2 JUTA: Inisiatif Penyelenggaraan Perumahan Swasta (Strata) Belanjawan Negeri Sembilan 2025](https://negerikita.org/rm2-juta-inisiatif-penyelenggaraan-perumahan-swasta-strata-belanjawan-negeri-sembilan-2025/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2 juta untuk penyelenggaraan perumahan swasta untuk rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana. Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar, melalui peruntukan tersebut sembilan projek penyelenggaraan telah diluluskan di sembilan kawasan rumah pangsa kos rendah dan sederhana di Negeri Sembilan. “Tujuan penyediaan dana ini adalah untuk membantu JMB atau MC yang tidak mempunyai peruntukan besar untuk melaksanakan beberapa kerja yang melibatkan kos yang besar. “Ia juga sekaligus akan menyelesaikan masalah lama dan boleh memberikan satu kawasan tersebut tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat kepada semua penduduk,” ujar beliau. Antara projek yang telah … - [Mutawif dan Pensyarah Tasmik: Dua anak muda tamat DIJAP dengan perjuangan hebat](https://negerikita.org/mutawif-dan-pensyarah-tasmik-dua-anak-muda-tamat-dijap-dengan-perjuangan-hebat/): NILAI: Program Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menonjol sebagai platform lahirnya graduan berjiwa kental, apabila dua graduan pada majlis konvokesyen kali ini tampil dengan kisah perjuangan yang yang benar-benar menguji kekuatan diri. Bagi Muhammad Faruq Muhammad Idris, 29, kejayaan menggenggam skrol DIJAP bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi simbol kekuatan menghadapi pelbagai ujian hidup. Beliau anak kelahiran Kuala Lumpur yang kini menetap di Ipoh, melalui laluan pendidikan agama sejak sekolah menengah, termasuk pengajian Tahfiz di Darul Quran sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Jordan. Namun cabaran sebenar bermula sebaik menyambung DIJAP … - [Taman MADANI di Taman Rekreasi Ulu Bendul](https://negerikita.org/taman-madani-di-taman-rekreasi-ulu-bendul/): KUALA PILAH: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah berjaya menyiapkan Taman MADANI di Taman Rekreasi Ulu Bendul melalui peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara KPKT, sebuah projek yang bukan sahaja menambah nilai kawasan rekreasi ini, tetapi juga menjadikannya ruang awam yang selesa, selamat, mesra komuniti, dan memberi manfaat kepada masyarakat dari semua lapisan umur. Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, taman ini merupakan contoh jelas bagaimana pembangunan bandar moden dapat berpadu dengan prinsip kelestarian alam semula jadi, identiti tempatan, serta kesejahteraan sosial masyarakat setempat. “Saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Daerah Kuala Pilah kerana … - [Gunasekaren sumbang RM3,000 kepada SJKC Salak Tinggi](https://negerikita.org/gunasekaren-sumbang-rm3000-kepada-sjkc-salak-tinggi/): SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Salak Tinggi. Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menyokong keperluan pendidikan dan pembangunan sekolah. “Dalam pada itu, beberapa persatuan dan individu turut menerima sumbangan berjumlah RM6,300. “Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada penerima dan terus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti Seremban Jaya,” kata Gunasekaren. - [Kehilangan ayah sebulan sebelum peperiksaan tidak patahkan semangat graduan USIM](https://negerikita.org/kehilangan-ayah-sebulan-sebelum-peperiksaan-tidak-patahkan-semangat-graduan-usim/): NILAI: Seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurul Khairul Ellysa Khairul Azman, 24, menamatkan pengajian Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) dengan penuh ketabahan apabila kehilangan ayah tercinta hanya empat minggu sebelum peperiksaan akhir. Ellysa, yang kini menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma guaman di Bangi, berkata ujian itu merupakan cabaran terbesar sepanjang pengajiannya, terutama dari segi emosi dan fokus akademik. “Walaupun sukar, saya tetap teruskan kerana itu yang papa mahukan. “Kejayaan ini saya hadiahkan untuk papa,” katanya ketika ditemui. Beliau memilih bidang kehakiman dan guaman syarie kerana minat mendalam terhadap profesion peguam dan keinginan memahami sistem … - [Masjid Kampung Repah terima RM1,500 daripada Veerapan](https://negerikita.org/masjid-kampung-repah-terima-rm1500-daripada-veerapan/): REPAH: Masjid Kampung Repah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM1,500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam. Veerapan berkata, sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil Masjid Kampung Repah, Encik Zaharuddin. “Sumbangan tersebut adalah bertujuan membantu pihak masjid menjalankan program komuniti dan kerohanian. “Saya juga berharap agar sumbangan ini digunakan untuk membina jaringan komunuiti yang kukuh khususnya masyarakat DUN Repah,” kata Veerapan. Sumbangan tersebut diserahkan di Pusat Khidmat DUN Repah. - [Program Kanser Payudara Dapat Perhatian Masyarakat Negeri Sembilan](https://negerikita.org/program-kanser-payudara-dapat-perhatian-masyarakat-negeri-sembilan/): SIKAMAT: Seramai 461 peserta menghadiri Program Kesedaran Kanser Payudara yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Height melibatkan penyertaan daripada Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga, Daerah Seremban (KRT) serta pelajar Tingkatan 4 dan 6 di Daerah Seremban. Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat & Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH), Datin Seri Hajah Wan Hasni Binti Wan Yusof dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Program turut dimeriahkan dengan pameran … - [Tuanku Aishah Rohani perkenan isytihar pembukaan Konvokesyen USIM Ke-23](https://negerikita.org/tunku-aishah-rohani-perkenan-isytihar-pembukaan-konvokesyen-usim-ke-23/): NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan legasi keilmuan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dengan meraikan seramai 3,631 graduan pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23 yang berlangsung hari ini hingga 28 November 2025 di Dewan Tuanku Canselor. Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan berangkat bagi mengisytiharkan pembukaan konvokesyen serta menyampaikan anugerah kecemerlangan universiti serta penganugerahan ijazah kepada para graduan pada sidang pertama. Daripada 3,631 graduan pada tahun ini, seramai 103 graduan Doktor Falsafah (PhD), 101 graduan Sarjana, 2,923 graduan merupakan graduan Sarjana Muda, … - [CO-OP BANK: Hadiah RM1.2 juta perlu direbut](https://negerikita.org/co-op-bank-hadiah-rm1-2-juta-perlu-direbut/) - [Anwar kembali ke Malaysia selepas jayakan rangka lawatan tiga negara di Afrika](https://negerikita.org/anwar-kembali-ke-malaysia-selepas-jayakan-rangka-lawatan-tiga-negara-di-afrika/): NAIROBI: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat berlepas pulang ke tanah air selepas menamatkan rangka lawatan rasmi ke tiga negara di benua Afrika, sekali gus mengukuhkan komitmen baharu Malaysia untuk mempererat kerjasama dengan rantau itu. Pesawat khas Malaysia Airlines membawa Perdana Menteri berlepas dari State Pavilion Terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta pada jam 7 malam waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Selasa. Anwar turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri … - [Program kesedaran kanser payudara tarik penyertaan wanita Negeri Sembilan](https://negerikita.org/program-kesedaran-kanser-payudara-tarik-penyertaan-wanita-negeri-sembilan/): SEREMBAN: Program Kesedaran Kanser Payudara yang dijadual berlangsung pada 26 November 2025 di Dewan Komuniti Taman Coral Height mengajak wanita seluruh Negeri Sembilan hadir bagi meningkatkan kefahaman mengenai kesihatan wanita dan pentingnya saringan awal. Program yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu dianjurkan bagi memberi pendedahan serta sokongan kepada masyarakat setempat dalam usaha memerangi kanser payudara. Acara berkenaan menampilkan pelbagai aktiviti bermanfaat, termasuk forum bersama pakar perubatan yang akan berkongsi maklumat mengenai pencegahan, rawatan dan kepentingan pengesanan awal kanser. Turut diadakan ialah sesi terapi ketawa bagi membantu peserta mengurangkan tekanan serta meningkatkan kesejahteraan mental. Selain itu, program ini … - [RM2 juta bukti Kerajaan Negeri prihatin terhadap perumahan rakyat](https://negerikita.org/rm2-juta-bukti-kerajaan-negeri-prihatin-terhadap-perumahan-rakyat/): SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited memastikan kesejahteraan penduduk perumahan strata terus diberi perhatian apabila sebanyak RM2 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Negeri Sembilan 2025 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di rumah pangsa kos rendah serta sederhana di seluruh negeri. Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J. Arul Kumar, berkata peruntukan tersebut membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menangani isu-isu penyelenggaraan yang sudah lama tertangguh, selain memastikan penduduk menikmati persekitaran hidup yang lebih selesa dan selamat. “Peruntukan ini membantu JMB dan MC yang tidak mempunyai dana besar untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan kos tinggi. “Kita mahu pastikan rakyat di kawasan … - [Orang Asli berhak nikmati akses pendidikan, kesihatan, ekonomi dan infrastruktur yang berkualiti](https://negerikita.org/orang-asli-berhak-nikmati-akses-pendidikan-kesihatan-ekonomi-dan-infrastruktur-yang-berkualiti/): LOBAK: Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah menyantuni masyarakat di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin, bagi merasmikan sebuah balai raya dan sebuah surau yang membawa manfaat kepada penduduk setempat. “Setiap kali kunjungan di perkampungan Orang Asli, sentiasa mengingatkan saya bahawa pembangunan luar bandar bukan sekadar membina projek, tetapi menyantuni manusia dan mendengar denyut nadi masyarakat. “Sebagai Exco Kanan Kerajaaan Negeri Sembilan, saya sentiasa menekankan bahawa saudara-saudara kita dalam komuniti Orang Asli berhak menikmati akses pendidikan, kesihatan, ekonomi dan infrastruktur yang adil serta berkualiti. “Keperluan mereka adalah amanah yang mesti dipastikan sampai dengan tepat dan … - [Veerapan sumbang RM5,000 kepada SJKT Lobak](https://negerikita.org/veerapan-sumbang-rm5000-kepada-sjkt-lobak/): SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak, Seremban. Veerapan berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu menjayakan program Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak. “Aktiviti sukan adalah baik bagi memastikan para pelajar kekal aktif di samping dapat mengekalkan prestasi akademik. “Makan makanan yang bernutrisi juga penting demi keseimbangan khasiat tubuh. “Tahniah kepada pihak sekolah atas penganjuran kejohanan yang penuh meriah ini,” kata Veerapan. Veerapan berkata demikian di Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak. - [3.6 juta rakyat Malaysia hidup dengan kencing manis](https://negerikita.org/3-6-juta-rakyat-malaysia-hidup-dengan-kencing-manis/): PUTRAJAYA: Malaysia kini sedang berdepan cabaran penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin membimbangkan. Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.Dzulkefly Ahmad berkata, lebih 3.6 juta rakyat hidup dengan diabetes, sementara jutaan lagi bergelut dengan hipertensi dan obesiti. “Angka ini bukan sekadar statistik kesihatan, tetapi gambaran realiti yang memberi kesan besar kepada keluarga, komuniti dan negara. “Kos keseluruhan negara untuk menangani NCD merangkumi rawatan, kehilangan produktiviti akibat presenteeism dan absenteeism serta kematian pra-matang. “Beban ini dianggarkan mencecah RM64.2 bilion setahun. “Hakikatnya, NCD bukan lagi isu kesihatan semata-mata. “Ia telah menjadi ancaman terhadap pembangunan ekonomi dan produktiviti negara,” kata Dzulkefly. Menurut beliau, Kementerian Kesihatan … - [Program MADANI PD Sihat 2025 pupuk kesedaran kesihatan masyarakat Port Dickson](https://negerikita.org/program-madani-pd-sihat-2025-pupuk-kesedaran-kesihatan-masyarakat-port-dickson/): PORT DICKSON:Exco Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata Program Madani PD Sihat 2025 memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Port Dickson. “Program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al-Mawaddan dengan kerjasama agensi kesihatan dan komuniti tempatan. “Seawal pagi, pelbagai aktiviti diadakan seperti aerobik thon, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, pertandingan bayi sihat serta sesi perkongsian ilmu daripada doktor dan pakar perubatan. “Penglibatan peserta daripada pelbagai peringkat umur mencerminkan kesedaran tinggi bahawa kesihatan adalah nikmat yang wajar dipelihara. “Usaha kolektif ini diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih sihat, berilmu dan sejahtera … - [Kewajaran BUDI95 untuk masa depan negara](https://negerikita.org/kewajaran-budi95-untuk-masa-depan-negara/): Wacana berkenaan dasar penyasaran subsidi petrol telah bermula di Malaysia semenjak zaman Perdana Menteri ke-4 lagi (awal 2000-an), namun perlaksanaannya hanya dapat dilakukan pada zaman Perdana Menteri ke-10 (2025). Perlaksanaan dasar berkenaan yang memakan masa hampir 25 tahun bukan hanya disebabkan perlaksanaannya yang rumit, namun ia turut melibatkan keazaman politik pemerintah untuk melaksanakannya. Kerumitan perlaksanaan dasar subsidi petrol bersasar tidak hanya terkait dengan kesediaan infrastruktur dan pengawalan ketirisan penyeludupan, sebab paling utama yang menggerunkan setiap Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan dasar ini adalah penerimaan rakyat terhadap harga petrol yang berbeza untuk setiap kelompok masyarakat. Keazaman politik yang cuba ditunjukkan oleh … - [Hujan Lebat, Angin Kencang Berterusan Hingga Selasa](https://negerikita.org/hujan-lebat-angin-kencang-berterusan-hingga-selasa/): Hujan lebat berterusan, angin kencang dan keadaan laut bergelora dijangka melanda beberapa negeri di utara dan barat Semenanjung hingga Selasa akibat pengaruh sistem cuaca yang kini aktif di sekitar perairan negara. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa cuaca signifikan ini berpunca daripada satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di Selat Melaka dan berada berhampiran kedudukan 5.4°U 98.3°T sebelum dijangka bergerak perlahan ke arah barat laut menuju ke Teluk Benggala dalam tempoh 36 jam. Menurut MetMalaysia, kemungkinan intensiti sistem tersebut meningkat menjadi siklon tropika lemah atau lekukan tropika adalah rendah. Namun, keadaan berkenaan masih berpotensi membawa hujan lebat dan tiupan angin … - [Apa nasib skuad bola sepak kebangsan B-23 di Sukan SEA nanti?](https://negerikita.org/apa-nasib-skuad-bola-sepak-kebangsan-b-23-di-sukan-sea-nanti/): Melihat kepada barisan pemain skuad bola sepak kebangsaan Bawah 23 (B-23), kita dapat lihat daripada 25 pemain yang dipanggil, cuma enam pemain sahaja yang beraksi dalam Liga Super. Selebihnya majoriti daripada mereka beraksi dalam saingan A1 Semi Pro. JDT 2 dan Selangor 2 menjadi pasukan yang menyumbang ramai pemain dalam skuad kali ini. 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙞𝙣 𝘼𝟏 𝙎𝙚𝙢𝙞 𝙋𝙧𝙤 ▪️JDT 2 ➡️ 9 Pemain ▪️Selangor 2 ➡️ 7 Pemain ▪️Kedah FA ➡️ 1 Pemain ▪️UM Damansara ➡️ 1 Pemain 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙞𝙣 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣 ▪️Terengganu B20 ➡️ 1 Pemain 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙞𝙣 𝙇𝙞𝙜𝙖 𝙎𝙪𝙥𝙚𝙧 ▪️Selangor ➡️ Alif Izwan ▪️Terengganu FC ➡️ Ubaidullah Shamsul ▪️KL City ➡️ … - [Jiran Sepakat, Komuniti Hebat](https://negerikita.org/jiran-sepakat-komuniti-hebat/): SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama Masjid Kariah Pekan Mantin telah menganjurkan Seminar Kejiranan bertemakan ‘Jiran Sepakat, Komuniti Hebat’. Program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan semangat kejiranan yang harmoni, saling menghormati dan peka terhadap kesejahteraan bersama. Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, Ustaz Ab. Khawi Abdul Rahman, yang dalam ucapannya menegaskan bahawa hubungan baik sesama jiran merupakan asas kepada pembentukan komuniti yang sejahtera dan diberkati Allah SWT. Pelbagai pengisian menarik turut diadakan seperti senamrobik, slot perkongsian, sesi dialog serta penyertaan reruai agensi-agensi berkaitan. Program ini memberi peluang kepada ahli kariah untuk … - [Transformasi wanita dalam industri Halal](https://negerikita.org/transformasi-wanita-dalam-industri-halal/): KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Dr.Noraini Ahmad telah merasmikan Penutup Program WHI Grand Kick Off Series 2025: Transformasi Wanita Dalam Industri Halal anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC) bertempat di Auditorium Menara Dato’ Onn, WTC Kuala Lumpur. Women In Halal Industry (WHI) ini ialah inisiatif HDC yang memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, kepimpinan dan penyertaan aktif golongan wanita dalam ekosistem industri halal. Program ini bertujuan membuka ruang lebih luas kepada usahawan, profesional dan bakat wanita untuk terlibat dalam rantaian nilai halal merangkumi pembuatan, logistik, perkhidmatan, teknologi serta pensijilan. Melalui latihan berstruktur, bimbingan industri, rangkaian strategik dan … - [Keluarga mangsa kebakaran dapat perhatian MAINS](https://negerikita.org/keluarga-mangsa-kebakaran-dapat-perhatian-mains/): Seorang remaja OKU berusia 24 tahun meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah didiami keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar. Kejadian yang berlaku turut menyebabkan bapa mangsa dikejarkan ke Hospital Rembau akibat kecederaan. Difahamkan, punca kebakaran disebabkan litar pintas. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS Daerah Rembau) telah menziarahi keluarga mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah beserta bantuan kecemasan berjumlah RM500. MAINS turut akan membantu dari segi kebajikan keluarga dan deposit rumah sewa sebagai bantuan susulan bagi meringankan beban mangsa. - [Konvokesyen USIM Ke-23 bakal rai 3,631 graduan](https://negerikita.org/konvokesyen-usim-ke-23-bakal-rai-3631-graduan/): NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan legasi keilmuan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dengan meraikan seramai 3,631 graduan pada Majlis Konvokesyen USIM Ke-23 yang akan berlangsung mulai 25 hingga 28 November 2025 di Dewan Tuanku Canselor. Sementara itu, ‘Olek Godang’ (Pesta Konvokesyen) akan diadakan bermula 24 hingga 28 November 2025. Majlis penuh istiadat ini akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan berangkat bagi mengisytiharkan pembukaan konvokesyen serta menyampaikan pelbagai anugerah kecemerlangan universiti termasuk Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor, Anugerah Lembaga Pengarah Universiti, Pingat … - [Masjid Bongek siap dengan kos RM6 juta, dilengkapi CCTV dan penyaman udara](https://negerikita.org/masjid-bongek-siap-dengan-kos-rm6-juta-dilengkapi-cctv-dan-penyaman-udara/): KOTA: Masjid Kariah Bongek, Daerah Rembau telah dibina semula bagi menggantikan masjid sedia ada yang telah berusia lebih 70 tahun dengan pelbagai kerosakan teruk akibat tragedi kebakaran pada April tahun 2021 lalu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri dan keprihatinan Kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (ICU), telah berganding bahu untuk meluluskan peruntukan siling berjumlah RM6.0 juta (Kerajaan Persekutuan RM3.6 juta, Kerajaan Negeri RM2.4 juta) bagi projek runtuh dan membina semula masjid ini. “Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan kerana membantu Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat … - [Senarai hotel miliki sijil Halal di Negeri Sembilan](https://negerikita.org/senarai-hotel-miliki-sijil-halal-di-negeri-sembilan/) - [MJSL USIM Raih Pengiktirafan Berprestij Dalam Anugerah CREME Jurnal 2025](https://negerikita.org/mjsl-usim-raih-pengiktirafan-berprestij-dalam-anugerah-creme-jurnal-2025/): NILAI: Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) di bawah pengurusan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengukuhkan reputasinya di persada penerbitan ilmiah apabila menerima pengiktirafan berprestij dalam Anugerah CREME Jurnal 2025, iaitu salah satu kategori penghargaan di bawah Malaysia Scopus Research Star Award 2025. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung pada 6 November 2025 di Everly Hotel, Putrajaya dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Pengiktirafan ini sekali lagi menegaskan kedudukan MJSL sebagai jurnal akademik terkemuka dalam bidang syariah dan undang-undang, bukan sahaja di Malaysia malah turut mendapat perhatian di peringkat … - [Pengguna belum sedar keperluan guna aplikasi ecoss untuk beli minyak masak subsidi](https://negerikita.org/pengguna-belum-sedar-keperluan-guna-aplikasi-ecoss-untuk-beli-minyak-masak-subsidi/): SEREMBAN: Masih ramai pengguna belum mengetahui keperluan mendaftar dan menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi pembelian minyak masak peket bersubsidi di premis peruncitan. Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam, berkata sistem berkenaan diwujudkan untuk mengawal pembelian barang kawalan tersebut sekali gus mengurangkan ketirisan bekalan subsidi. “Semasa membuat bayaran di kaunter, pengguna perlu menunjukkan aplikasi eCOSS di telefon bimbit mereka. Buat masa ini kita berada dalam fasa advokasi. “Walaupun sistem ini telah diperkenalkan sejak Ogos lalu, kita dapati masih ramai pengguna yang tidak mengetahui atau belum memanfaatkannya,” katanya ketika meninjau … - [Lebih 220 calon sertai Bengkel Persediaan UPKK anjuran JHEAINS](https://negerikita.org/lebih-220-calon-sertai-bengkel-persediaan-upkk-anjuran-jheains/): PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Bengkel Skor A UPKK Daerah Port Dickson 2025 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. Seramai lebih 220 orang calon UPKK dari seluruh daerah Port Dickson telah menyertai bengkel ini. Penganjuran program ini merupakan inisiatif JHEAINS untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan dengan tepat serta membantu mereka membuat ulang kaji bagi subjek-subjek penting UPKK. Sesi perkongsian tips dan teknik menjawab telah disampaikan oleh empat penceramah iaitu Ustazah Siti Fauziah Jaafar, Ustazah Nur Atikah Mohd Isa, Ustazah Siti Mariam Nyata dan motivator Ustaz Mohd … - [YDK Research Sdn Bhd & JHEAINS Tingkatkan Integriti Pendaftar Nikah Negeri Sembilan](https://negerikita.org/ydk-research-sdn-bhd-jheains-tingkatkan-integriti-pendaftar-nikah-negeri-sembilan/): SEREMBAN: Program Bina Diri Bangunkan Negara Madani Ke Atas Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri diadakan untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pembangunan sahsiah dan pengukuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan.   Program ini menekankan peranan pendaftar dan penolong pendaftar nikah dalam menjaga integriti serta mengelakkan mereka daripada terlibat dengan dosa qazaf susan beberapa kes fitnah yang pernah berlaku sebelum ini termasuk contoh kontroversi melibatkan YAB Perdana Menteri.   Seramai 220 peserta menghadiri program yang berlangsung di Klana Resort, Seremban hasil kerjasama YDK Research Sdn Bhd dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri … - [KBS mahu infrastruktur sukan beri nilai tambah kepada pembangunan insan](https://negerikita.org/kbs-mahu-infrastruktur-sukan-beri-nilai-tambah-kepada-pembangunan-insan/): SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal, tetapi juga memberi nilai tambah kepada pembangunan insan, kesejahteraan masyarakat serta kelestarian sektor belia dan sukan negara,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu. Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke tiga tapak projek pembangunan KBS di Negeri Sembilan. “Lawatan kerja ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KBS untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, berkualiti dan memberi impak maksimum kepada rakyat. “Lawatan dimulakan di Projek Naik Taraf Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson, … - [Kursus Pemantapan Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Port Dickson](https://negerikita.org/kursus-pemantapan-jawatankuasa-kariah-masjid-daerah-port-dickson/): PORT DICKSON: Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson (JHEAINS) telah mengadakan Kursus Pemantapan Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Port Dickson Sesi 2025 – 2027 bertempat di D’Wharf Hotel, Port Dickson. Program ini telah berjaya menghimpunkan hampir 120 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi setiap masjid kariah di Daerah Port Dickson. Kursus ini bertujuan memantapkan kefahaman AJK masjid dalam aspek tadbir urus, pengurusan kewangan serta pentadbiran masjid, selain menjadi medan perbincangan berkaitan penentuan persempadanan kariah supaya urusan pentadbiran masjid dapat dijalankan dengan lebih teratur, jelas dan efisien. Diharapkan melalui penganjuran kursus ini, ia dapat menjadi wadah memperkasa peranan … - [Asnaf cacat tulang belakang terima bantuan mesin oksigen RM18,000](https://negerikita.org/asnaf-cacat-tulang-belakang-terima-bantuan-mesin-oksigen-rm18000/): Alhamdulillah, seorang asnaf yang tinggal di Daerah Rembau yang menghidap penyakit Spina Bifilda iaitu kecacatan tiub saraf tunjang telah menerima bantuan mesin oksigen (Resmed Lumis 150 Vpap St Bipap Machine) bernilai RM18,000 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Difahamkan, kecacatan tulang belakang penerima telah bermula sejak lahir sehingga sekarang yang menyebabkan beliau tidak dapat bergerak dan melakukan pekerjaan. Berdasarkan rekod, penerima ini turut dibantu dengan bantuan zakat bulanan berjumlah RM250 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM320. Bantuan mesin oksigen telah disampaikan oleh Pegawai MAINS Daerah Rembau, Azura Muhamad Alias. - [JPNS Tawar Sebut Harga Pembekalan Alatan Mekanisasi](https://negerikita.org/jpns-tawar-sebut-harga-pembekalan-alatan-mekanisasi/): Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus mengeluarkan satu kenyataan sebut harga bagi pembekalan, penghantaran dan pengujian alatan mekanisasi di bawah Projek Pembangunan Negeri Tahun 2025 melalui Sebut Harga PPNS (ALATAN MEKANISASI) 17/2025 (N) bagi kod bidang 070303. Dokumen sebut harga boleh diperoleh di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri, Wisma Negeri, Seremban dari 18 November hingga 25 November ini antara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan bayaran RM50 melalui sistem NPay. Kontraktor atau pembekal diwajibkan membawa sijil asal pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil SSM dan menyerahkan salinan berkaitan semasa pembelian manakala wakil syarikat perlu mengemukakan surat wakil rasmi. Dokumen lengkap … - [Karnival Za'ba 2025 tawar pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga](https://negerikita.org/karnival-zaba-2025-tawar-pelbagai-aktiviti-untuk-seisi-keluarga/): JEMPOL: Karnival Za’ba 2025 bakal berlangsung pada Ahad, 30 November 2025 bermula 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Za’ba, Bukit Kerdas, Batu Kikir, dengan pelbagai pengisian untuk masyarakat setempat. Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan, pendidikan serta penghayatan sejarah tokoh ulung negara, Pendeta Za’ba. Antara aktiviti yang dijadualkan ialah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Pertandingan Mewarna dan Kolaj, Pertandingan E-Sport Game, serta Forum Za’ba: “Za’ba dan Jati Diri Bangsa”. Selain itu, pengunjung turut berpeluang menghadiri pameran agensi, pertandingan memancing, jualan produk IKS, jualan Rahmah MADANI, serta demonstrasi masakan tradisi Luak Jempol. Program sukan rakyat juga disediakan bagi memeriahkan … - [Gunasekaren tinjau isu keselamatan padang Taman Sri Mawar 1](https://negerikita.org/gunasekaren-tinjau-isu-keselamatan-padang-taman-sri-mawar-1/): SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau aduan berhubung keadaan padang di Taman Sri Mawar 1 selepas menerima maklumat daripada komuniti setempat. Gunasekaren berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kawasan mengalami takungan air serta permukaan tanah yang tidak rata. “Ini secara tidak langsung yang menimbulkan risiko keselamatan kepada penduduk. “Aduan berkenaan akan dirujuk kepada MBS untuk tindakan susulan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk sentiasa terjamin,” kata Gunasekaren. Gunasekaren turt menjelaskan setiap aduan masyarakat akan terus dipantau dan ditangani segera demi kesejahteraan komuniti setempat. Turut hadir bersama beliau Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, … - [Pemilihan Perwakilan Pelajar USIM: Kejayaan mengundi tertinggi dalam sejarah](https://negerikita.org/pemilihan-perwakilan-pelajar-usim-kejayaan-mengundi-tertinggi-dalam-sejarah/): NILAI: Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus membuktikan peranan pentingnya sebagai tulang belakang pelaksanaan pilihan raya kampus yang lancar, telus dan berimpak tinggi. Melalui kepimpinan dinamik serta pendekatan komunikasi yang segar, JPMPP berjaya mencipta sejarah apabila 96.97 peratus pelajar USIM turun mengundi dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 2025 yang berlangsung pada 6 November 2025 baru-baru ini. Ini juga merupakan pencapaian tertinggi sejak penubuhan universiti. Menurut Pengerusi JPMPP 2025, Amirul Hairie Muhammad, 22, pelajar Tahun 4, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), kejayaan ini merupakan hasil gabungan strategi kreatif, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi … - [Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 di Negeri Sembilan](https://negerikita.org/sambutan-hari-perancangan-bandar-sedunia-hpbs-2025-di-negeri-sembilan/): BAHAU: Negeri Sembilan turut menyahut semangat Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 yang bertemakan ‘Pembaharuan Semula Bandar : Agenda Perancangan Untuk Rakyat’ selari dengan sambutan peringkat kebangsaan di Putrajaya pada 28 Oktober 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Sambutan peringkat negeri ini berlangsung di Lorong Dato’ Maharaja (Stesen Bas Bahau), Jempol, dan telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Arul Kumar A/L Jambunathan, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan bersama kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Majlis ini menekankan peranan penting profesion perancang dan pengurus … - [Universiti MILA catat penampilan pertama dalam QS Asia University Rankings 2026](https://negerikita.org/universiti-mila-catat-penampilan-pertama-dalam-qs-asia-university-rankings-2026/): NILAI: Universiti MILA telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya disenaraikan buat pertama kali dalam QS Asia University Rankings 2026, berada dalam kedudukan 500 universiti terbaik di Asia (#414) dan 100 universiti terbaik di Asia Tenggara (#80). Dengan lebih sedekad kecemerlangan Pendidikan sebagai asas penubuhan serta transformasi kepada Universiti MILA hanya dalam masa dua tahun yang lalu, pencapaian ini menjadi bukti terhadap komitment berterusan kami dalam mengejar kualiti dan memberi impak bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. Ditubuhkan dengan visi berani untuk melangkaui batas pendidikan tinggi konvensional, Universiti MILA telah membangunkan persekitaran pembelajaran yang dirancang khusus untuk memenuhi tuntutan era digital. Laluan … - [Majlis Graduasi hargai usaha gigih pelajar menuntut ilmu](https://negerikita.org/majlis-graduasi-hargai-usaha-gigih-pelajar-menuntut-ilmu/): PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Dato’ Mustapha Nagoor telah merasmikan Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja, Felda Palong 11. “Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan pelajar menamatkan alam persekolahan, tetapi juga menjadi simbol penghargaan atas usaha gigih mereka sepanjang menuntut ilmu. “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang telah memainkan peranan besar membentuk sahsiah serta mencorak masa depan anak-anak ini. “Semoga mereka terus melangkah dengan yakin, membawa semangat kejayaan dan menjadi kebanggaan keluarga, sekolah serta negara,” ujar Mustapha. - [Terima kasih ejen korporat MAINS](https://negerikita.org/terima-kasih-ejen-korporat-mains/): Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sepanjang November dan Disember ini, MAINS telah melaksanakan Siri Kunjungan Ejen Korporat ke beberapa syarikat dan institusi yang berperanan sebagai rakan strategik dalam pengurusan zakat di Negeri Sembilan. Antara objektif utama kunjungan adalah memberi galakan dan panduan kepada ejen-ejen korporat ini dalam turut sama menjalankan aktiviti serta sebar luas segala kempen yang dilancarkan oleh MAINS khususnya zakat. Kunjungan juga bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah dan memperkenalkan dengan lebih rapat barisan baharu urus setia yang menjaga hal ehwal mereka di MAINS. Selain itu, ia turut menjadi platform untuk menilai semula prestasi … - [Kelayakan kemahiran usaha KBS kukuh peranan pekerja belia](https://negerikita.org/kelayakan-kemahiran-usaha-kbs-kukuh-peranan-pekerja-belia/): SEREMBAN: Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah merasmikan Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 di Klana Resort, Seremban. Majlis ini meraikan 277 pekerja belia yang berjaya menamatkan latihan serta memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, manakala dua penerima turut menerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atas peranan mereka sebagai pembangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Inisiatif ini merupakan langkah strategik KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dalam memperkukuh peranan pekerja belia sebagai ejen perubahan, berperanan membentuk generasi muda yang berdaya kepimpinan, berkarakter tinggi dan bersemangat kesukarelawanan. KBS … - [ISM INSPIRE 2025: Ekosistem pembangunan sosial yang lebih besar](https://negerikita.org/ism-inspire-2025-ekosistem-pembangunan-sosial-yang-lebih-besar/): Program ISM Inspire 2025 merupakan inisiatif baharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) yang bertujuan menyediakan platform baharu bagi membincangkan isu sosial seperti kesihatan mental, buli dan daya tahan sosial. Melalui aktiviti seperti Inspire Talk dan Podcast Inspire 2025, suara anak muda diketengahkan secara kreatif dan mudah difahami. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, di Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh 500 peserta dan merupakan hasil kerjasama strategik antara Malaysia Association of Social Workers (MASW), institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, NGO dan sektor … - [Ayam kampung mampu menjadi sumber ekonomi negara](https://negerikita.org/ayam-kampung-mampu-menjadi-sumber-ekonomi-negara/): MUADZAM SHAH: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Dato’ Seri Mohamad Sabu, telah meninjau projek penyelidikan Ayam Saga di MARDI Muadzam Shah, Pahang, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Benih Negara (MBN) Bil. 2 Tahun 2025. Mohamad berkata, Ayam Saga merupakan hasil penyelidikan MARDI sejak 2008, dibangunkan sepenuhnya daripada baka ayam kampung tempatan tanpa campuran baka luar. “Ayam ini bersifat dua fungsi sesuai untuk daging dan telur, cepat membesar serta tahan lasak. “Setakat ini, lebih 1.3 juta ekor Ayam Saga telah dikeluarkan di bawah RMK-12, dan permintaan terus meningkat. “MARDI kini giat memperluas pengeluaran melalui ladang pembaka di seluruh negara termasuk Sabah … - [Awas penipuan tender](https://negerikita.org/awas-penipuan-tender/): Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin mengingatkan orang awam dan syarikat agar berwaspada terhadap taktik penipuan yang melibatkan proses tender palsu. Antara modus operandi yang dikenal pasti: Dakwaan palsu kononnya telah mendapat tender daripada KPKM. Permintaan kerjasama kewangan sebagai ‘rakan kongsi tender’. Penggunaan dokumen palsu dengan nama dan jawatan pegawai KPKM. Peringatan Penting: Jika diri anda terlibat sebagai mangsa penyamaran identiti oleh scammer atau menjadi mangsa scammer tersebut, anda segera membuat Laporan Perlindungan (Cover Report) di balai polis berdekatan. Lindungi diri anda dan organisasi daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarkan maklumat ini untuk meningkatkan kesedaran bersama. - [Elakkan mencelah di jalan raya](https://negerikita.org/elakkan-mencelah-di-jalan-raya/): Banyak kemalangan maut telah terjadi akibat sikap mencelah. Tahukah anda? Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, sebanyak 532,125 nahas jalan raya telah berlaku antara Januari hingga Oktober 2024. Ia melibatkan 5,364 kes kemalangan maut dan 68 peratus daripada kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Utamakanlah keselamatan, bukan kecepatan. Kerana satu detik cuai boleh meragut nyawa. Hati-hati di Jalan Raya. Kongsi pada semua untuk keselamatan bersama. - [Sektor akuakultur berkembang, pacu negara capai SSR ikan melebihi 90 peratus](https://negerikita.org/sektor-akuakultur-berkembang-pacu-negara-capai-ssr-ikan-melebihi-90-peratus/): Malaysia kini mencatat kadar sara diri (SSR) ikan melebihi 90 peratus, menandakan pencapaian penting dalam usaha menjamin keterjaminan makanan negara. Kejayaan ini didorong oleh perkembangan pesat sektor akuakultur yang semakin menjadi pilihan utama dalam pengeluaran ikan domestik. Sektor akuakultur bukan sahaja menyumbang kepada bekalan ikan yang stabil, malah turut membantu mengurangkan tekanan terhadap sumber marin semula jadi. Penggunaan teknologi moden seperti sistem bioflok dan sokongan berterusan kepada nelayan telah memperkukuh daya saing industri ini serta meningkatkan pendapatan komuniti pesisir. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memperkasa sektor akuakultur sebagai strategi utama dalam menjamin keselamatan makanan negara. Usaha … - [Penyerahan Kunci Rumah Baitul Rahmah Kampung Orang Asli Air Pulasan Berjalan Lancar](https://negerikita.org/penyerahan-kunci-rumah-baitul-rahmah-kampung-orang-asli-air-pulasan-berjalan-lancar/): KUALA PILAH: Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Air Pulasan berlangsung dengan jayanya, disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, YB Saiful Yazan Sulaiman. Program ini bukan sekadar penyerahan rumah semata-mata tetapi turut mencerminkan keprihatinan dan kasih terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa serta selamat. Menurut YB Saiful Yazan, inisiatif ini selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap lapisan masyarakat termasuk komuniti Orang Asli mendapat kemudahan tempat tinggal yang sempurna dan kondusif. Majlis berkenaan disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh para penerima yang kini memiliki … - [Aminuddin nafi khabar angin dilantik Menteri Kabinet](https://negerikita.org/aminuddin-nafi-khabar-angin-dilantik-menteri-kabinet/): SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. “Saya jumpa Perdana Menteri, beliau tak cakap apa-apa pun. “Setakat ini tiada sebarang perbincangan berkenaan perkara tersebut dengan Perdana Menteri (lantikan sebagai Menteri Kabinet). “Saya juga tidak menerima apa-apa mesej daripada Perdana Menteri,” kata Aminuddin. Aminuddin berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri. Sejak beberapa hari yang lepas, media membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang dijangka diumumkan oleh Anwar pada awal Disember ini. Ini berikutan … - [Eco Business Park 7 pemangkin kepada pembangunan di Parcel C, MVV 2.0](https://negerikita.org/eco-business-park-7-pemangkin-kepada-pembangunan-di-parcel-c-mvv-2-0/): BANDAR ENSTEK: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah melancarkan Taman Perindustrian Eco Business Park 7 di Parcel C, Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), satu lagi pembangunan strategik hasil kerjasama erat antara Eco World Development Group Berhad, NS Corporation dan SD Guthrie Berhad. “Kerjasama antara Eco World, NS Corporation dan SD Guthrie ini saya lihat mampu membuka lebih banyak ruang kejayaan pada masa hadapan, menjadikan Negeri Sembilan antara pemacu utama pertumbuhan negara. “Projek ini adalah bukti nyata kejayaan kerjasama awam dan swasta dalam menterjemahkan perancangan kepada realiti dengan mewujudkan taman perindustrian moden berteraskan kelestarian, inovasi dan … - [Whatsapp perkenal ciri 'message request', tapis mesej nombor tak dikenali](https://negerikita.org/whatsapp-perkenal-ciri-message-request-tapis-mesej-nombor-tak-dikenali/): WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu dikenali sebagai Message Request yang membolehkan pengguna menapis mesej daripada nombor yang tidak disimpan. Melalui ciri ini, mesej daripada nombor tidak dikenali tidak akan disekat sebaliknya dikawal dari segi cara ia dipaparkan dalam aplikasi. Menerusi tetapan baharu ‘Who Can Message Me’, pengguna boleh memilih antara dua pilihan utama iaitu ‘Everyone’ atau ‘My Contacts’ Jika memilih ‘Everyone’, semua mesej termasuk daripada nombor tidak disimpan akan terus dipaparkan dalam senarai sembang seperti biasa. Namun, jika memilih ‘My Contacts’, mesej daripada nombor yang tidak disimpan akan dialihkan ke folder khas berlabel ‘Requests’. ‘Folder Requests’ ini berfungsi seperti … ## Pages - [Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri](https://negerikita.org/timbalan-ydp-dewan-undangan-negeri/):   YB DATO’ HAJI MOHD ASNA AMIN - [Sumbangan Keceriaan Warga Emas](https://negerikita.org/sumbangan-keceriaan-warga-emas/): Sumbangan keceriaan tahunan RM200 kepada warga emas berumur 70 tahun dan ke atas. Boleh mohon secara atas talian http://www.n9.digital/ atau aplikasi N9 Digital   - [Bantuan Perkahwinan Anak Negeri Sembilan](https://negerikita.org/bantuan-perkahwinan-anak-negeri-sembilan/): Bantuan perkahwinan RM500 kepada setiap orang anak Negeri Sembilan yang mendirikan rumahtangga kali pertama. Boleh mohon secara atas talian http://www.n9.digital/ atau aplikasi N9 Digital - [Bantuan kemasukan pelajar sekolah ke asrama penuh](https://negerikita.org/bantuan-kemasukan-pelajar-sekolah-ke-asrama-penuh/): Bantuan kemasukan pelajar sekolah ke asrama penuh RM300. Boleh mohon secara atas talian http://www.n9.digital/ atau aplikasi N9 Digital - [Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM100](https://negerikita.org/skim-simpanan-pendidikan-nasional-rm100/): Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM100 seorang kelahiran bayi anak Negeri Sembilan. Boleh mohon secara atas talian http://www.n9.digital/ atau aplikasi N9 Digital - [Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2025](https://negerikita.org/bantuan-sara-hidup-bsh-tahun-2025/): SYARAT BANTUAN SARA HIDUP (BSH) TAHUN 2025 1. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31). DAN Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukakan) ATAU 2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (Sila kemukakan sijil tamat berhenti Sekolah Rendah dan Menengah). 3. Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja. DAN 4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) AWAM sahaja. (SEPENUH MASA). DAN 5. Terbuka kepada pemohon semester 1 hingga tamat Pengajian (Semester Akhir). DAN 6. Hanya … - [Bantuan Komputer Riba](https://negerikita.org/bantuan-komputer-riba/): SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA: Anak kelahiran Negeri Sembilan (No Kad Pengenalan 05 /31/59) DAN alamat menetap di Negeri Sembilan. ATAU   Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari enam (6) tahun (sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).   Pendapatan isi rumah B40 terkini RM 4,850.00 (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan). 4. PELAJAR IPTA (UNIVERSITI AWAM) / POLITEKNIK yang masih belajar di peringkat pengajian, DIPLOMA dan IJAZAH SAHAJA (pelajar sepenuh masa). Pelajar tahun akhir TIDAK LAYAKuntuk memohon (sila kemukakan surat pengesahan belajar). CONTOH: Tahun pengajian 3 tahun (Semester 5 dan … - [Tabung Penyelenggaraan Sekolah](https://negerikita.org/tabung-penyelenggaraan-sekolah-3/): 1. Permohonan selenggara sekolah dengan had maksimum RM20,000. 2. Terhad kepada tujuan pembaikan sahaja. 3. Permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN (Pejabat ADUN) atau Pejabat Ahli Parlimen atau Pejabat Penyelaras DUN. - [Bantuan Anak Negeri](https://negerikita.org/bantuan-anak-negeri/): Bantuan untuk pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi cemerlang. 2. Setiap pelajar yang layak menerima RM550 setahun. 3. Pelajar daripada keluarga yang berdaftar dengan e-kasih dan ditapis oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.   - [Bantuan SJKC, SJKT, Tahfiz dan Sekolah Persendirian Swasta](https://negerikita.org/bantuan-sjkc-sjkt-tahfiz-dan-sekolah-persendirian-swasta/): 1. Bantuan diberikan atas permohonan pihak sekolah. 2. Kadar Perkapita digunakan bagi Sekolah Tahfiz seluruh Negeri Sembilan mengikut jumlah pelajar yang ada. 3. Permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN (Pejabat ADUN) atau Pejabat Ahli Parlimen atau Pejabat Penyelaras DUN. - [Bantuan Dialisis (Pembedahan Tapak Fistula)](https://negerikita.org/bantuan-dialisis-pembedahan-tapak-fistula/): 1. Kerajaan Negeri menampung kos pembedahan RM2,800. 2. Pesakit mesti memohon melalui Unit Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 3. Pendapatan isi rumah bawah RM4,000. 4. Pemohon mestilah menetap di Negeri Sembilan.   - [Rumah Harapan Rakyat](https://negerikita.org/rumah-harapan-rakyat/): Risalah, Nota Maklumat dan Borang Permohonan Rumah Harapan Rakyat boleh dimuat turun dari Laman Web PKNNS: Klik pautan/link ini: http://www.pknns.gov.my   - [Past News](https://negerikita.org/past-news/) - [Videos](https://negerikita.org/videos/) - [Anugerah Cemerlang Kelas Pertama](https://negerikita.org/anugerah-cemerlang-kelas-pertama/): Sila klik butang merah di bawah untuk keterangan lanjut. - [Tabung Pembangunan Usahawan NS @TUNS](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/tabung-pembangunan-usahawan-ns-tuns/): Sila klik butang merah di bawah untuk keterangan lanjut. - [Power House Wanita Gemilang@PH GEM](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/power-house-wanita-gemilangph-gem/):   Golongan wanita di Negeri Sembilan yang ingin menyertai program PH GEM pada masa akan datang boleh hubungi Penyelia PH GEM di kawasan parlimen masing-masing seperti berikut: Parlimen Rembau: Puan Navamalar Balakrishnan (Merangkap Ketua Penyelia PH GEM); 017-650 0859. Parlimen Seremban:  Cik Nurdina Izzati; 017-682 1039. Puan Nor Azizah Abdul Malik; 018-2571151. Parlimen Rasah: Puan N.Achamah@Kavita; 010-250 6612. Puan Iziani Yahaya; 010-5594939. Parlimen Port Dickson: Puan Joyce Tan; 013-380 9198. Parlimen Kuala Pilah: Puan Azlinah Zamli; 018-233 6788. Parlimen Jelebu: Cik Nor Fatihah Mohd Azman; 011-1477 6629. Parlimen Jempol: Puan Lily Tai; 016-276 2850. Parlimen Tampin: Encik Lee Koon Chon; … - [Insentif Kecemerlangan IPTA/IPTS](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/insentif-kecemerlangan-ipta-ipts/): PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI: Ijazah: RM1,000 one-off Diploma: RM750 one-off Sijil/Matrikulasi: RM500 one-off Senarai semak dokumen yang diperlukan: Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibubapa ATAU penjaga Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian JIKA berkenaan Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN disahkan oleh Pengurus Felda. Syarat-syarat permohonan: Pemohon adalah Anak Negeri yang menetap di Negeri Sembilan dan hendaklah memohon dalam tempoh … - [ERAT@NS](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/eratns/) - [Bantuan Anak Sekolah@BAS](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/bantuan-tambang-bas-bulananbas/): GARIS PANDUAN BANTUAN N9 BAS KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN 1.Pendahuluan Bantuan N9 BAS (Bantuan Anak ke Sekolah) dapat membantu keluarga berpendapatan rendah meringankan      beban perbelanjaan persekolahan anak-anak. Bantuan ini diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang berada di dalam senarai eKasih. Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan Bantuan N9 BAS bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan. 2. KRITERIA KELAYAKAN Pemberian Bantuan N9 BAS kepada murid dibuat berdasarkan kriteria berikut: 2.1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa … - [Bantuan Pembelian Peralatan Orthopedik](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/bantuan-pembelian-peralatan-orthopedik/): GARIS PANDUAN PERMOHONAN DANA BANTUAN IMPLAN ORTOPEDIK  Kriteria Permohonan : Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan Pesakit adalah golongan miskin Permohonan hanya diterima daripada tiga hospital ( Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban / Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah / Hospital Port Dickson. Kandungan Permohonan Surat permohonan Salinan Kad Pengenalan Salinan Penyata Gaji atau Akuan Pendapatan pesakit dan pasangan Surat Pengesahan Rawatan Atau Laporan Pegawai Perubatan / Pakar Sebutharga peralatan yang diperlukan Penyata Akaun Bank atas nama pemohon (muka depan sahaja) Kaedah Permohonan Pemohon boleh menghantar surat permohonan kepada melalui hospital atau Jabatan Kesihatan Negeri, … - [Bantuan Ibu Tunggal C4U](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/bantuan-ibu-tunggal-c4u/): GARIS PANDUAN DAN MEKANISME INISIATIF BANTUAN IBU TUNGGAL  [CARE FOR YOU (C4U IBU TUNGGAL)] NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2025 PENDAHULUAN Golongan ibu tunggal merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dibantu dari pelbagai aspek meliputi ekonomi, emosi, hak asasi dan sebagainya. Pelbagai bentuk bantuan dan program sokongan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk sentiasa memastikan golongan ibu tunggal ini disantuni terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Pada masa ini, antara jabatan/agensi kerajaan yang aktif menyediakan bantuan kepada ibu tunggal di Negeri Sembilan ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan agensi berkaitan yang lain. 1.2       Kerajaan … - [Ahli Dewan Undangan Negeri](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/ahli-dewan-undangan-negeri/): AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HAJI HASAN (N27- Rantau/Barisan Nasional) Pusat Khidmat Rakyat DUN Rantau No. 11, Jalan Besar Rantau, 71200 Rantau. Email: n27dunrantau@gmail.com TEL: 06-694 2927.   YB Loke Siew Fook (N01- Chennah/Pakatan Harapan) Pusat Khidmat Rakyat DUN Chennah No. 1, Jalan Besar Titi, 76150 Jelebu. Email: adunchennah6@gmail.com | mpseremban128@gmail.com TEL: 06-611 1263.   YB DATO’ IR. HAJI BAKRI SAWIR (N04 – Klawang/Pakatan Harapan) Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang No. 22, Jalan Dato’ Menteri, 71600 Kuala Klawang. Email: adunklawangybbakri@gmail.com TEL: 06-613 4249.   YB DATO’ HAJI ZAIFULBAHRI HAJI IDRIS (N26 – Chembong/Barisan Nasional) … - [Ahli Dewan Negara](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/ahli-dewan-negara/): YB SENATOR DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR (D.I.M.P.) 1359, Lorong S2 A 17/2, Green Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. EMAIL: akdnair@hotmail.com TEL: 06-767 5268 / 767 1596   YB SENATOR DR.AHMAD AZAM BIN HAMZAH No. 10, Lorong Bunga Raya 11/2, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban. EMAIL: azam.dr@gmail.com TEL: 06-791 1935 - [YDP Dewan Undangan Negeri](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/ydp-dewan-undangan-negeri/): Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YB DATO’ HAJI MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban. EMAIL: ybdatomkibrahim@gmail.com TEL: 06-765 9500.   - [Selamat Hari Guru](https://negerikita.org/selamat-hari-guru/) - [YAB Menteri Besar](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/yab-menteri-besar/): PEJABAT MENTERI BESAR: YAB DATO’ SERI UTAMA HJ.AMINUDDIN BIN HARUN (S.S.N.S) PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN, TINGKAT 5, BLOK B, WISMA NEGERI, 70503 SEREMBAN. TEL: 06 – 765 9930 / 765 9935 / 763 1394 Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan. Exco Kewangan, Tanah dan Sumber Alam. Exco Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam.   PEJABAT ADUN: PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SIKAMAT, 510-A, TAMAN SIKAMAT JAYA, NEGERI SEMBILAN. TEL: 06-761 0211 (Pegawai Perhubungan DUN: En.Fakhrul Radzi) - [Insentif Kerajaan Negeri](https://negerikita.org/insentif-kerajaan-negeri/) - [Ahli Parlimen](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/ahli-parlimen/): Ahli Parlimen   YB DATUK SERI HAJI JALALUDDIN HAJI ALIAS (P126 – Jelebu/Barisan Nasional) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, 72300 Simpang Pertang. Email: pejabatparlimenjelebu@gmail.com TEL: 06-492 0078.   YB DATO’ HAJI SHAMSHULKAHAR HAJI MOHD DELI (P127 – Jempol/Barisan Nasional) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jempol No.201, Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 5/1, Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol. Email: parlimen127jempol@gmail.com TEL: 06-458 1499. YB LOKE SIEW FOOK (P128 – Seremban/Pakatan Harapan) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban No.447, Tingkat Bawah, Jalan Tun Dr.Ismail, 70200 Seremban. EMAIL: mpseremban128@gmail.com TEL: 06-763 4525.   YB DATO’ HAJI ADNAN HAJI ABU HASSAN (P129 … - [Penyelaras DUN](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/penyelaras-dun/): LAMAN INI DALAM PROSES KEMASKINI N.05 PENYELARAS DUN SERTING:  TEL:  N.20 PENYELARAS DUN LABU:  TEL:  N.25 PENYELARAS DUN PAROI:  TEL:  N.31 PENYELARAS DUN BAGAN PINANG:  TEL:  N.34 PENYELARAS DUN GEMAS:  TEL:      - [Exco Kerajaan Negeri](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/exco-kerajaan-negeri/): AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN (EXCO)   YB DATUK SERI HAJI JALALUDDIN HAJI ALIAS (N02 – Pertang/Barisan Nasional) EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Tingkat G, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban. Email: ybdatukserijalaluddin@ns.gov.my | pejabatexco2023@gmail.com TEL: 06-761 6851 / 765 9501 / 767 2476. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, 72300 Simpang Pertang, Jelebu. TEL: 06-492 0078.   YB TEO KOK SEONG (N08 – Bahau/Pakatan Harapan) Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban. Email: ybteo@ns.gov.my TEL: 06-765 9812 / 767 0189. … - [Pimpinan Negeri](https://negerikita.org/pemimpin-negeri/) - [Utama](https://negerikita.org/) - [Sample Page](https://negerikita.org/sample-page/): This is an example page. It’s different from a blog post because it will stay in one place and will show up in your site navigation (in most themes). Most people start with an About page that introduces them to potential site visitors. It might say something like this: Hi there! I’m a bike messenger by day, aspiring actor by night, and this is my website. I live in Los Angeles, have a great dog named Jack, and I like piña coladas. (And gettin’ caught in the rain.) …or something like this: The XYZ Doohickey Company was founded in 1971, … [comment]: # (Generated by Hostinger Tools Plugin)