BeritaMenarik

‘Jangan masjid dah siap, pahat masih berbunyi’: JALALUDDIN

PERTANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak mahu projek pembangunan untuk rakyat yang telah disiapkan menghadapi sebarang masalah.

“Tidak boleh berlaku sebarang insiden seperti peribahasa ‘rumah siap, pahat masih berbunyi’ yang bermaksud sesebuah kerja sudah siap, namun ia tidak sempurna atau dipertikai orang ramai,” Jalaluddin berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Masjid Kampung Kerangai.

Jalaluddin berkata, beliau telah turun padang melawat kerja-kerja penambahbaikan masjid berkenaan lebih lima kali sejak penghujung 2022.

“Saya mengadakan lawatan susulan bersama agensi pelaksana dan kontraktor binaan masjid berkenaan bagi meneliti setiap aspek yang harus diberi penambahbaikan sebelum masjid berkenaan dibuka kepada umum.

“Saya mengakui ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap teguran-teguran yang dibuat sebelum ini.

“Jadi hari ini saya tinjau sekali lagi, nak tengok dengan mata sendiri semua proses itu dah siap atau belum.

“Terima kasih kepada agensi pelaksana dan pihak kontraktor atas daya usaha yang baik demi keselesaan masyarakat setempat,’ ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Show More

Related Articles

Back to top button