Berita

Loke dan Ng edar seribu Jalur Gemilang dan 9 ribu pelitup muka

TEMIANG: Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook dan ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai mengedarkan 1,000 bendera Malaysia kecil dan 9,000 pelitup muka (face mask) kepada penduduk DUN Temiang.

Loke berkata, program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang DUN Temiang dianjurkan untuk memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar dan penduduk tempatan meraikan Hari Kemerdekaan.

“Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini disambut dalam keadaan sederhana. Dalam keadaan menghadapi wabak Covid-19, ahli politik mesti mengetepikan perbezaan politik mereka bagi memastikan bahawa negara ini dapat menghadapi cabaran dan ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Ng berkata, seluruh rakyat harus mengingati semangat perjuangan dan semangat cintakan negara.

“Rakyat Malaysia perlu sentiasa ingat dan ketahui sejarah kemerdekaan dan penubuhan negara ini.

“Ahli politik perlu berusaha mengekalkan semangat masyarakat yang harmoni dan perpaduan berbilang kaum di negara ini,” ujarnya.

Menrutu Ng, program ini anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Temiang, Persatuan Muafakat Negeri Sembilan, KRT Limbok dan Persatuan Belia Berkemahiran Seremban.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button