Berita

Loke: Flat Templer dihiasi dengan lampu sempena Deepavali

SEREMBAN: Sempena sambutan Deepavali, Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban mengambil inisiatif memasang lampu hiasan di Rumah Pangsa Templer (Flat Templer), Seremban.

“Kita faham akibat wabak Covid-19, ramai masyarakat India tidak dapat meraikan perayaan Deepavali seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Justeru, saya mengambil inisiatif memasang lampu hiasan di Rumah Pangsa Templer untuk membangkitkan mood festival dan memeriahkan lagi sambutan Deepavali khususnya kepada penganut Hindu di Seremban,” kata Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook.

Sementara itu, ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong mengalu-alukan usaha Loke menambahkan lagi keceriaan persekitaran di Rumah Pangsa Templer sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Loke dan Chew mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia am nya.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button