Berita

Loke: Kg Bukit Temiang kini memiliki dewan baru

Loke turut menyumbang 200 set barang keperluan dapur

TEMIANG: Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook telah merasmikan Dewan Terbuka Kampung Bukit Temiang.

Projek ini telah dilaksanakan di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban pada tahun lepas dan kos projek ini adalah sebanyak RM175 ribu.

“Kini penduduk Kampung Bukit Temiang mempunyai satu dewan yang sesuai digunakan untuk majlis keraian, program masyarakat dan aktiviti pameran.

“Semoga dewan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk-penduduk kampung untuk aktiviti masyarakat,” kata Loke.

Dalam majlis yang sama Loke juga menyumbang 200 set barangan keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain kepada golongan asnaf dari Kampung Bukit Temiang.

Turut hadir, ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai.

Show More

Related Articles

Back to top button