Aktiviti

Loke mahu MPKK DUN Chennah proaktif dan efektif

Loke sumbang pelbagai jenis peralatan kecemasan

CHENNAH: ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook berkata, beliau mahu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Chennah sentiasa proaktif dan efektif menangani permasalahan di kawasan perkampungan masing-masing.

Justeru, beliau telah mengadakan majlis penyerahan pelbagai peralatan kepada 14 MPKK di DUN Chennah.

Loke berkata, setiap MPKK dibekalkan dengan:

  • 1 unit komputer riba
  • 1 unit printer
  • 1 unit PA system portable
  • 1 unit chain saw
  • 1 unit brush cutter
  • 1 unit high pressure cleaner
  • 1 unit sprayer pump
  • 6 unit meja catering
  • 70 unit kerusi

“Semua peralatan ini dibekalkan untuk membantu MPKK melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan efektif.

“MPKK juga boleh mengambil tindakan dengan lebih cepat dalam keadaan kecemasan seperti banjir dan kejadian pokok tumbang.

“Setiap Ahli MPKK dalam DUN Chennah juga diberi dua set baju korporat lengkap dengan Jata Negeri Sembilan.

“Semoga mereka terus menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan gigih dan sentiasa bersedia untuk membantu rakyat,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button