Berita

Loke: Masjid tertua di Negeri Sembilan akan dihiasi sempena sambutan Ramadhan dan Aidil Fitri

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Bandar Seremban petang kelmarin. Masjid Jamek Bandar Seremban merupakan masjid warisan yang tertua di Negeri Sembilan.

Loke berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa masjid berkaitan sambutan bulan Ramadhan tidak lama lagi.

“Susulan perbincangan tersebut, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seremban akan membantu pihak masjid untuk memasang lampu-lampu pagar yang baru untuk menerangkan kawasan sekeliling masjid sempena bulan Ramadan yang akan datang.

“Lampu hiasan Hari Raya juga akan dipasang sebelum sambutan Aidil Fitri tahun ini.

“Sama-samalah kita bersama memupuk keharmonian antara agama dan menghargai keindahan bangunan warisan kita,” kata Loke.

Sebagai rujukan Masjid Jamek Bandar Seremban kini berusia 121 tahun, dan dibina pada tahun 1900, oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir.

 

Show More

Related Articles

Back to top button