Berita

Loke: Raikan Aidilfitri dengan selamat

Sekali lagi, Hari Raya Aidilfitri disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sudah tentu, ramai yang sedih dan dukacita, kerana tidak dapat pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Saya berharap saudara dan saudari terus bersabar. Yang penting, kita sihat dan selamat. Sebagai wakil rakyat, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

Sepanjang sebulan yang lalu, Pejabat Ahli Parlimen Seremban telah berusaha untuk menyalurkan pelbagai sumbangan dan bantuan kepada keluarga yang kurang mampu.

Kita juga memberikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan sebagai penghargaan kepada khidmat dan pengorbanan mereka

Kami juga memasang lampu-lampu hiasan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Seremban.

Diharapkan inisiatif ini sedikit sebanyak akan dapat menceriakan saudara dan saudari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di sini, dengan ikhlas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga anda semua dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan selamat.

Sekian, terima kasih.

YB Loke Siew Fook,
Ahli Parlimen Seremban,
ADUN Chennah,
Timbalan Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi DAP Negeri Sembilan.

13 Mei 2021

Show More

Related Articles

Back to top button