Berita

Projek perumahan di Desa Kasia dijangka siap April 2024

NILAI: Projek perumahan di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai dijangka selesai pada April 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, beliau telah berjumpa dengan pemaju projek perumahan tersebut, selepas mendapat aduan daripada pembeli berkaitan projek tersebut tidak siap dalam tempoh yang dijanjikan.

“Projek ini bermula pada tahun 2018 dan selepas itu pandemik Covid-19. Kontraktor juga telah menarik diri menyebabkan projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Mengikut pemaju, kontrakror baru telah dilantik pada April tahun ini dan projek dijangka siap pada April tahun hadapan.

“Saya juga telah memohon supaya projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan agar ia tidak membebankan pembeli,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button