Berita

Majlis Tindakan DUN Ampangan bincang perancangan pembangunan

AMPANGAN: Majlis Tindakan DUN Ampangan mengadakan mesyuarat berkala untuk memastikan perancangan pembangunan dapat dijalankan secara terancang dan didokong sepenuhnya dengan kerjasama yang mantap.

ADUN Ampangan, Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, perancangan pembangunan merangkumi pembangunan fizikal dan pembangunan kemanusiaan.

“Untuk pembangunan fizikal, ianya meliputi kerja penyelenggaraan dan projek pembangunan baru.

“Kita berusaha untuk memastikan penyelenggaraan jalan raya, longkang dan lain-lain dijalankan oleh pihak bertanggungjawab secara terbaik.

“Pelbagai usaha penyelenggaraan meliputi jalan raya, longkang, balairaya, dewan orang ramai, padang permainan dan pelbagai projek lagi telah dilaksanakan,” katanya.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan berkata, untuk pembangunan baru, pelbagai projek telah dan bakal dimulakan.

Ini termasuk pembangunan Pasar Baru Ampangan, jejantas menghubungi Medan Selera ke UTC dan Pasar Baru Ampangan, Dataran Ampangan, Kompleks Komuniti Ampangan, pembesaran Surau Taman Dusun Nyior.

 

“Untuk pembangunan kemanusiaan, kita telah berusaha membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan pelbagai bentuk bantuan termasuk melancarkan Gerobok Asnaf DUN Ampangan.

“Kita sekarang dalam fasa berikutnya untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk meningkatkan pula pendapatan mereka.

“Di antaranya perancangan untuk Projek Mesra Rakyat Pertanian Pinggir Bandar yang Insyah Allah akan dilancarkan dalam tempoh yang terdekat ini.

“Kesemua usaha ini dibincangkan secara terperinci untuk memastikan segala usaha dijalankan secara terbaik, yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button