Berita

Makmal komputer SJKT Ladang Cairo terima sumbangan kewangan dari Arul Kumar

NILAI: ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar menyerahkan bantuan kewangan kepada PIBG Sekolah Jenis Kebangsan Tamil Ladang Cairo, Mantin untuk tujuan membeli komputer bagi makmal komputer.

“Saya juga bersempatan melihat beberapa kerja menaiktaraf seperti membina lantai dan kipas besar yang sedang dilaksanakan di dewan besar sekolah.

“Beberapa kerja lain seperti membina sebuah kantin baru, makmal sains dan padang futsal akan dibina dalam masa terdekat.

“Semua kerja ini telah dan sedang dilaksanakan melalui peruntukan dana penyelenggaran tahun 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kos sebanyak RM350 ribu yang diterima oleh Lembaga Pengelola Sekolah tersebut pada tahun 2019.

“Diharapkan semua kemudahan ini digunakan dengan sebaiknya dan ianya dapat memberikan keselesaan dan kebaikan kepada semua pelajar,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button