Berita

Malek hulur bantuan makanan dan ayam segar kepada 102 keluarga dikuarantin

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias mengagihkan pek makanan dan ayam segar kepada 102 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Felda Bukit Kepis.

Abdul Malek berkata, Pejabat Penyelaras DUN Senaling berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat di DUN Senaling yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Justeru, saya menghulurkan bantuan makanan dan ayam segar kepada 102 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Felda Bukit Kepis.

“Semoga usaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa akan terus diperkasakan,” katanya.

Abdul Malek merakamkan penghargaan kepada sukarelawan pejabatnya; Pengurus Felda Kepis, Encik Daud dan Ketua Peneroka, Encik Abdullah yang turut sama menjayakan usaha ini.

Show More

Related Articles

Back to top button