Berita

Seremban johan Piala Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pasukan Parlimen Seremban muncul sebagai juara Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pasukan Parlimen Seremban menundukkan pasukan Parlimen Rembau dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Tempat ketiga dimenangi Parlimen Jempol manakala tempat keempat Parlimen Kuala Pilah.

“Kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak-anak muda di samping mengetengahkan agenda Sukan Tanpa Dadah.

“Program seperti ini secara tidak langsung memberi pengisian kepada anak muda dan menjauhkan mereka daripada aktiviti yang merosakkan mereka.

“Insyah Allah, kejohanan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menarik minat lebih ramai lagi anak muda,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button