Menarik

Empat pesakit kronik dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni empat pesakit kronik di Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Sri Mawar.

“Encik Veliatham Muthilia yang kehilangan sebelah kaki tinggal bersama isterinya Puan Ramaniammal dan seorang anak.

“Puan Ong Ee Moi adalah warga emas yang sakit terlantar, kini dijaga oleh anaknya sendiri Puann Seng Siew Keng.

“Manakala seorang lagi warga emas sakit terlantar ialah Puan Boon Fook Neo yang turut dijaga oleh anaknya Puan Bon Ah Moi,” kata Gunasekaren.

Turut disantuni Gunasekaren ialah Puan Salmah Ahmad yang keuzuran.

“Selain bantuan kewangan one-off kepada empat pesakit kronik ini, saya juga akan menghulurkan barangan keperluan dapur setiap dua bulan sekali.

“Saya juga akan mengatur satu program ziarah bersama Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dalam masa terdekat, untuk melihat keperluan bantuan lain,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Pengerusi KRT Rumah Pangsa Senawang 2, Encik Abd Rashid Ahmad dan Setiausaha KRT dan Puan Noraziah.

Show More

Related Articles

Back to top button