Berita

Anak Cina turut berkhatan bersama 46 kanak-kanak di Chuah

CHUAH: Program Berkhatan Perdana dan Kenduri Rakyat di Dataran Pachitan agak menarik pada tahun ini apabila turut disertai oleh seorang anak Tionghua.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, seramai 47 kanak-kanak dari Kampung Pachitan menyertai program ini dan salah seorangnya berbangsa Cina bernama Yap Yong Qing, 14 tahun.

“Program ini bukan sahaja menunjukkan pendekatan dalam ajaran Islam tetapi juga memupuk kesedaran anak-anak untuk menjaga kebersihan diri.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua urus setia yang bekerja keras untuk menjayakan program dan kepada semua masyarakat tempatan yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana program ini,” katanya.

Terlebih dahulu anak-anak ini dibawa menaiki ‘gerabak’ dari Masjid Kampung Pachitan ke Dataran Pachitan dan selepas itu disembur dengan pancutan air oleh anggota Bomba.

Program ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Bocah Jowo Corner Club (BJCC) dan Brotherhood PD.

Show More

Related Articles

Back to top button