Berita

Mangsa banjir Felda Jelai dapat bantuan segera dari Aishah

GEMAS: 70 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjit kilat di Felda Jelai 2 dan Felda Jelai 4 mendapat bantuan segera dari Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman, kelmarin.

Siti Aishah menghantar bantuan makanan dan menyantuni mangsa banjir kilat yang di Felda Jelai 2 dan di Dewan Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4.

“Sebanyak tiga buah rumah terlibat di Felda Jelai 2 dan 67 buah rumah di Felda Jelai 4.

“Semoga mereka bersabar dengan dugaan yang dihadapi,” kata Siti Aishah.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin, YB Parlimen Datuk Dr.Hasan Bahrom.

Show More

Related Articles

Back to top button