Aktiviti

Mangsa banjir Gemas dapat perhatian Rusnani

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring telah menziarahi dan melawat 12 buah keluarga mangsa banjir kilat di Rumah Rakyat Kampung Sri Gemas.

Puan Rusnani tiba bersama dengan Ketua Penolong Pegawai Pejabat Daerah Kecil Gemas, Puan Suriani Salihan, Wakil Majlis Daerah Tampin, Encik Halid dan barisan kepimpinan MPKK DUN Gemas.

“Rata-rata mangsa banjir meluahkan rasa kebimbangan terhadap situasi yang berlaku setiap kali hujan lebat yang berterusan.

“Air sedalam dua kaki akan memasuki rumah samada dari bahagian depan atau bahagian dapur. Hasil lawatan ini kami dapati beberapa longkang menjadi punca berlakunya banjir kilat,” kata Rusnani.

Dalam lawatan tersebut, Rusnani juga telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan makanan keperluan asas kepada keluarga yang terlibat.

“Sumbangan ini adalah daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah program ERAT@NS, yang begitu komited di dalam memastikan kebajikan rakyat dalam apa jua situasi agar terbela dan terjaga dengan sebaiknya,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button