Berita

Mangsa banjir Gemencheh terima bantuan makanan dari Latif

GEMENCHEH: Mangsa banjir Kampung Parit Buloh, Taman Semarak dan Kampung Baru Air Kuning telah menerima sumbangan bakul makanan dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tampin.

Abdul Latif berkata, seramai 119 mangsa banjir dari Kampung Parit Buloh, Taman Semarak dan Kampung Baru Air Kuning telah menerima sumbangan bakul makanan dan wang ringgit.

Sumbangan telah disampaikan oleh Abdul Latif dan Pegawai JKM Daerah Tampin, Tuan Shahrizan. Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Chin dan Pengerusi MPKK Kampung Parit Buluh, Encik Aziz Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button